#PrayMH17 SEKOLAH PEDALAMAN SARAWAK MEMPERINGATI KEJADIAN NAHAS #MH17


Biarpun Sekolah Nanga Jagau di Kanowit, Sarawak terletak jauh di pedalaman yang mengambil masa lebih enam jam perjalanan dengan menggunakan bot dari pekan Kanowit namun ia tidak menghalang muridnya menyatakan kesedihan terhadap kejadian #MH17.

Sekumpulan murid Tahun Satu Sekolah Nanga Jagau Kanowit telah menghantar sebuah gambar beserta lukisan bagi menunjukkan rasa sokongan mereka kepada mangsa tragedi nahas pesawat MH17 selepas mengetahui kejadian itu menerusi media elektronik dan media sosial.

Penghantaran lukisan murid itu telah dihantar oleh guru mereka Fardzizul Ismail menerusi facebook kepada Astro Awani. Dalam statusnya itu dinyatakan "Minta maaf sekiranya lukisan ini tidak cantik, namun mereka benar-benar maksudkannya.

Apa yang boleh kita pelajari daripada tindakan ini ialah murid di Tahun Satu pun tahu erti kesediahan di mana nahas itu turut melibatkan rakyat Malaysia termasuk 8 daripadanya rakyat Sarawak.

Berbeza dengan masyarakat yang tinggal di bandar yang sarat dengan maklumat tetapi masih dengan pemikiran kuno dengan menyalahkan kerajaan Malaysia di bawah BN sedangkan nahas itu berpunca daripada tembakan daripada militan pro-Rusia yang mengaku bertanggungjawab dengan menembak pesawat MH17 milik Malaysia Airline System (MAS).

Ini juga sekaligus menggambarkan pemikiran rakyat di pedalaman masih segar dengan pemikiran positif berbeza dengan pemikiran rakyat di bandar yang dipengaruhi dengan sikap dan sifat kebencian pada tahap yang sangat membimbangkan. 

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger