#PRAYMH17 LAGI WARTAWAN LETAK JAWATAN ANGKARA BERITA BERAT SEBELAH


Ini bukan kes pertama yang membabitkan peletakan jawatan wartawan angkara sikap majikannya yang melaporkan berita berat sebelah.

Terbaru, seorang wartawan Rusia yang ditugaskan di London mengumumkan meletak jawatan dari tugasnya atas alasan sangat kecewa dengan cara liputan yang disiarkan oleh majikannya stesen televisyen RT (Russian Today) berkaitan pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas Khamis lalu.

Sara Firth adalah wartawan kedua dari stesen televisyen berbahasa Inggeris itu yang meletakkan jawatan. Mac lalu seorang lagi wartawan meletakkan jawatan dengan alasan kecewa dengan liputan stesen itu berkenaan krisis di Ukraine.


“Saya meletakkan jawatan hari ini. Saya sangat menghormati rakan setugas saya tetapi berpegang kepada kebenaran,” kata Firth menerusi laman Twitternya @Sara_Firth.

Sementara itu stesen RT yang dibiayai kerajaan Rusia dalam reaksinya kepada AFP berkata “Firth telah meluahkan pendiriannya yang memilih kebenaran tetapi pihak kami mempunyai versi tersendiri mengenai maksud sebenar kebenaran”.

Peletakan jawatan Firth adalah insiden terbaru yang dihadapi oleh RT susulan banyak kritikan dan bidasan yang dilemparkan terhadap stesen itu terutamanya menerusi laman Twitter.

Firth membuat kenyataan selepas seorang blogger menuduh rakan sekerjanya, Polly Boiko mengambil rasuah untuk membantu menyebarkan penipuan Presiden Rusia Vladmir Putin mengenai perkara sebenar yang berlaku terhadap pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis.

“Apa yang yang telah saya sebarkan?” tanya Boiko dalam reaksi balasnya.

“Penipuan,” jawab Firth. “ Kami (wartawan) sememangnya bekerja untuk Putin. Kami diminta setiap hari untuk melaporkan perkara yang tidak benar.

“Kami hanya makan gaji dan kerana itu kami harus mematuhinya,” tambahnya.

Firth juga menukar nama akaun Twitternya @SaraFirth_RT bagi mengelak dari dikaitkan dengan saluran televisyen itu lagi.

Sebelum ini, seorang wartawan sebuah stesen televisyen RT, Abby Martin mengecam dan mengutuk keras tindakan AS yang menyebelahi Israel yang melancarkan perang ke atas Gaza dan Tebing Barat sehingga mengorbankan ratusan nyawa penduduk yang tidak berdosa termasuklah wanita dan kanak-kanak.

Lagi berita mengenai Abby Martin di SINI


Inilah yang sepatutnya ada pada diri wartawan yang percaya kepada kebenaran dan bukannya kepada memaparkan berita berat sebelah.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 21, 2014 at 4:01 PM

Tetapi perkara begini tak mungkin berlaku di Malaysia.Sebaliknya mereka lebih drp majikan dlm buat pembohongan.Rujuk kpd berita2 Malaysiakini.Berapa sangatkah yg dikira benar?STAR?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger