PKR SELANGOR KINI SUDAH TAKUT KEHILANGAN KUASA


Ekoran tindakan Khalid Ibrahim yang boleh membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan pilihan raya mengejut dan juga undi tidak percaya menyebabkan PKR Selangor terdesak mencari jalan penyelesaian kemelut Menteri Besar Selangor.

Takut kehilangan kuasa memerintah, akhirnya PKR Selangor bersuara dengan mengecam tindakan Khalid Ibrahim sekiranya tindakan tersebut menjadi pilihan dalam menangani krisis Menteri Besar Selangor.

Lima Ketua Cabang PKR hari ini menggesa pimpinan tertinggi parti mengenakan tindakan disiplin terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat semakin jelas membelakangkan parti sejak kebelakangan ini.

Menurut Ketua Cabang Tanjung Karang, Mohd Yahya Mat Sahri, saranan Abdul Khalid agar ADUN Pakatan Rakyat membuat undi tidak percaya terhadap beliau disifatkan sebagai satu tindakan yang bertujuan memalukan parti dan wajar diambil tindakan.

"Kami minta pemimpin parti untuk mendengar suara akar umbi yang sudah jelak dengan permainan politik ala UMNO yang dimainkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita sedia maklum, tindakan-tindakan beliau sejak akhir-akhir ini jelas membelakangkan pendirian dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat dan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Oleh itu, kami gesa pihak pemimpin parti untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap beliau ," katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya turut meminta kesemua ahli parti untuk menyokong penamaan Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Menurutnya lagi, Azizah yang selaku Presiden PKR adalah calon yang paling layak untuk menjadi menteri besar berbanding ADUN lain.

Begitupun, mereka tidak menyenaraikan kriteria calon yang paling layak yang ada pada Wan Azizah bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

"Semua anggota parti harus mengenepikan perbezaan pendapat dan bersatu hati untuk menyokong keputusan Majlis Pimpinan Pusat yang menamakan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 21 Julai lalu kerana beliau adalah antara pemimpin tertinggi PKR," katanya lagi.

Antara Ketua Cabang yang turut menyokong kenyataan tersebut termasuklah Ketua Cabang Sabak Bernam, Abu Talip Bujang; Ketua Cabang Sungai Besar, Mohamad Fauzi Ahmad; Ketua Cabang Kapar, Azizi Ayob dan Ketua Cabang Sepang, Burhan Aman Shah.

Lebih parah lagi apabila Cabang PKR di Selangor seolah-olah diperalatkan PKR Pusat dengan tidak melihat pertukaran Menteri Besar Selangor sebagai suatu yang janggal dan menidakkan kuasa Sultan dan suara majoriti rakyat Selangor.

Difahamkan kelima-lima Ketua Cabang PKR di Selangor itu tidak sehaluan dengan pimpinan Khalid Ibrahim. Maka, tidak hairanlah jika mereka mendesak Khalid iIbrahim supaya menerima pertukaran Menteri Besar Selangor.

Share this article :
 

+ comments + 3 comments

August 1, 2014 at 12:01 AM

Apa punya bangsat 5 ekor ketua cabang pkr ni. Yg bwk masalah ialah pkr, apasal pulak kaitkan dgn umno. Sial sampai ke usus pkr ni. Patutpun bnyk masalah, dari kepala sampai ekor semua busuk...

Anonymous
August 1, 2014 at 12:01 AM

"Kami minta pemimpin parti untuk mendengar suara akar umbi yang sudah jelak dengan permainan politik ala UMNO yang dimainkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tengoklah kebodohan dan kebiadapan dan kePUKIMAKan ketua cabang PKR ni. Masalah dalaman yang takde kena mengena dengan UMNO pun nak mengaitkan UMNO jugak.

What a bunch of brainless and pukimak idiots!! Kalau KETUM dah bodoh dan sial, apatah lagi balachi2 yang setakat ketua cabang yang dapat jawatan based on kekuatan membodek dan menjilat puki2 nwar dan jijah!

Stop blaming UMNO for all your problems and FUCK OFF! Just because pukimak nwar blames everything on UMNO (even yang dia menyontot lubang taik jantan tu pun nak salahkan UMNO jugak ke????), pengikut2 dia pun menyalak lagu yang sama.

ASSHOLES!

Anonymous
August 1, 2014 at 12:39 AM

Mohd Yahya Mat Sahri..nak bodeklah tu..layak apa kerusi pkr selangor paling sikit ada angan2 nak jd MB..phuuuii

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger