PKR DAN PAS MASIH SAYANGKAN PAKATAN PEMBANGKANG SARAWAK DAP NEKAD MINTA CERAI


Sebelum ini DAP Sarawak mengancam menarik diri daripada Pakatan Pembangkang Sarawak jika PAS gagal menetapkan pendirian mengenai pelaksanaan hukum hudud di negeri Sarawak.

Ini berikutan PAS Sarawak seolah-olah mengikut apa saja kehendak PAS Pusat berhubung pelaksanaan hudud manakala PKR hanya mengambil jalan selamat untuk berdiam diri biarpun Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan hudud tidak ada dalam agenda Pakatan Pembangkang.

Apakah situasi terbaru ini hanya sandiwara dalam menarik perhatian rakyat Sarawak terhadap parti-parti dalam Pakatan Pembangkang? Juga, strategi DAP meraih publisiti ke atas kunjungan Anwar Ibrahim ke Kuching pada hari ini?

Sekiranya DAP tetap dengan pendiriannya untuk keluar Pakatan Pembangkang Sarawak nescaya PAS dan PKR akan rugi kerana umum mengetahui DAP lebih kuat sokongan berbanding kedua-dua parti itu.

Malah, DAP boleh bergerak sendiri tanpa perlu bersama PAS dan PKR yang mana selama ini hanya menumpang populariti DAP. Lihat saja kemenangan DAP dalam PRN Sarawak dan PRU 13 lepas berbanding PKR hanya 2 di DUN Sarawak dan 1 di Parlimen manakala PAS tidak memperoleh kemenangan. DAP dengan megah menakluki 9 DUN dan 5 Parlimen yang jauh lebih baik daripada PAS dan PKR.

Ketika ini DAP sudah pun merekrut calon-calon daripada Melayu dan Dayak untuk diletakkan di kawasan majoriti bagi memperoleh kemenangan dan menakluki Sarawak dalam merealisaikan manifesto mereka UBAH.

Alasan hudud hanya sandiwara DAP sahaja menjauhkan diri daripada PAS dan PKR yang dianggap beban bagi mereka kerana gagal membawa kepada kemenangan Pakatan Pembangkang.

Justeru, adalah lebih baik DAP membawa haluan sendiri berbanding bersama dengan PAS dan PKR yang tidak ada memberi sebarang makna kepada DAP.

Manakala, PAS dan PKR masih sayangkan Pakatan Pembangkang Sarawak kerana mereka tahu tanpa sokongan Cina yang banyak memihak kepada DAP dan sukar untuk PAS dan PKR memperoleh undi dalam pilihan raya akan datang. 

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger