PEMIMPIN PKR DAKWA KEMELUT PKR BERPUNCA DARIPADA KAJANG MOVE RAFIZI RAMLI


Kemelut yang melanda PKR kini dianggap berpunca daripada idea Kajang Move yang telah diilhamkan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Ini diakui oleh bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nibong Tebal, Pulau Pinang, Mat Arof Yahya yang menyatakan Kajang Move bukan sahaja gagal tetapi telah membawa perpecahan dalam PKR semata-mata demi memenuhi nafsu politik Rafizi.

Semua ini demi memenuhi nafsu politik peribadi yang juga bercita-cita menjawat jawatan Menteri Besar Selangor pada masa akan datang.

"Saya percaya idea asal Kajang Move’ini terbit kerana ada kaitan dengan rancangan Rafizi mahu menjadi Menteri Besar Selangor selepas Azmin Ali mengambil alih sepenggal," tegas Mat Arof.

Demi nafsu politik, Rafizi tetap mahu menumbangkan Khalid Ibrahim biarpun dia tahu prestasi pentadbiran Khalid sebagai Menteri Besar Selangor semakin diterima rakyat ekoran sikapnya yang cenderung untuk bekerjasama dengan Kerajaan BN khususnya dalam menangani masalah air dengan pembinaan loji Langat 2.

Sejak Pemilihan PKR 2014 berlangsung PKR sudah terus dibogelkan dengan keganasan semasa pemilihan di samping politik wang dan pengundi hantu termasuk juga penglibatan kongsi gelap dan gengster.

Dan, kini usaha untuk menggulingkan pemerintahan Khalid Ibrahim sedang giat diatur dengan pelbagai macam kenyataan dan perbuatan sehingga memaksa Anwar Ibrahim bersuara.


Slogan PKR sebagai ‘Keadilan Rakyat’ sudah tidak lagi relevan dan harus ditukar kepada ‘Keadilan Politik’.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
July 4, 2014 at 4:03 PM

InsyaAllah PKR akan terus utuh dan bersama Pakatan tumbangkan be end PRU nanti. Yang salah dibetulkan. Yang betul di kuatkan.

Musuh merancang tapi Allah yang menguasai perancangan.

Kezaliman tidak kekal..

Anonymous
July 4, 2014 at 5:25 PM

Utk PKR menjatuhkan BN Sarawak adalah spt anjing menyalak bukit.Bukan PKR tak ada pemimpin yg berkebolehan tetapi jentera politik yg ditonjol PKR pd pemilihan parti kini tidak memperlihatkan kematangan dan keupayaan PKR dlm mentadbir urus negeri kelak.Kalau perkara sekecil pemilihan parti dipenuhi banyak penipuan,kontroversi,pergaduhan dan "masa yg sangat panjang"(mengalah masa "pimilu presiden Indonesia") mana mungkin PKR boleh mengalah BN pd PRU akan datang.

Lagipun perselisihan politik di kalangan ahli2 "pemimpin" PKR sendiri dah memecahbelah parti.Apa dah jadi di Selangor menjadi PKR hilang kepercayaan rakyat.Bukan saja Khalid berdepan dgn parti sendiri yg sentiasa menghentam beliau tetapi beliau dibebani dgn banyak masalah spt "catuan air",kegiatan judi dan maksiat yg berleluasa di Selangor.Kesian dgn beliau.Org kuat PKR sendiri pun tak beri sokongan kpd Khalid.Nuwar dan Wan Jijah hanya lihat saja.Apa jenis ketua/pemimpin yg mereka nak bukti/tinjuk kpd rakyat? Mereka peduli apa.

Maka kalau PKR nak lebih sokongan rakyat bersihkan dulu "rumah sendiri" terlebih dulu.

May the best party win.BN is for our future.

Anonymous
July 4, 2014 at 5:41 PM

Berita terkini yg kencang bertiup meramalkan pemecatan Khalid sbg MB Selangor selepas HR ,mungkin Ogos.Nuwar dah jumpa Abd Hadi (PAS).

Wan Jijah akan dilantik MB baru dan Azmin membantu sbg Timbalan MB.Wah Selangor akan ditadbir urus sendiri oleh Presiden PKR,manakala Nuwar dah tentu jadi penasihat.Bukan kecil "kantong" kewangan Selangor..mencecah 10 billion?

Maka meriahlah kehidupan perancang "Kajang Move".


Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger