PAS PUSAT SETUJU TAPI PAS SELANGOR TIDAK SETUJU WAN AZIZAH SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR




Seperti dijangka Mesyuarat Khas Pakatan Pembangkang bagi membincangkan pertukaran Menteri Besar Selangor telah mencapai keputusan positif dan bersetuju melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Bagaimanapun, tegas Anwar Ibrahim kedua-dua parti DAP dan PAS akan membincangkan perkara ini secara terperinci dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing.

“DAP dan PAS akan membawa perkara ini ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat.

“Secara dasarnya PAS dan DAP menerima cadangan membuat pertukaran menteri besar dan menghormati prinsip calon jawatan tersebut adalah daripada PKR,” katanya dalam sidang media di Parlimen, semalam.

Bagaimanapun, terdapat percanggahan di kalangan pemimpin PAS Pusat dan PAS Selangor dalam menyokong pemilihan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

PAS Selangor berkeras mereka tidak akan menyokong keputusan PAS Pusat dalam hal memilih menteri besar ini kerana prestasi Menteri Besar Selangor sekarang, Khalid Ibrahim sangat memuaskan dan sangat diterima rakyat Selangor.

Dalam soal Menteri Besar Selangor ini sepatutnya keputusan hendaklah dibuat oleh DUN Selangor yang semestinya tahu apakah kehendak rakyat Selangor dan bukannya campur tangan PKR Pusat atau PAS Pusat termasuklah Pakatan Pembangkang.

Ketika diminta mengapa memilih Wan Azizah dan bukan Azmin Ali, jawapan Anwar ialah Wan Azizah yang juga isterinya itu ialah Presiden PKR.


Kenapa baharu sekarang memilih Menteri Besar Selangor hanya kerana beliau memegang jawatan Presiden PKR? Sedangkan, Khalid Ibrahim yang dilantik sebelum ini bukannya Presiden PKR?
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger