PAS MENGAKU SEMBUNYIKAN FAKTA BEKAS AHLINYA SERTAI JIHAD SYRIA


Hanya kerana tidak mahu nama PAS terjejas maka adalah lebih baik kami menyembunyikan perkara tersebut.

"Ianya isu dalaman yang boleh jejaskan nama baik parti, itulah sebabnya kami tak dedahkan perkara tersebut," tegas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Sebelum ini, media telah mendedahkan seorang bekas pemimpin Dewan Ulama PAS, Lotfi Ariffin yang menyertai perjuangan di Syria.

"Pihak kami (PAS) tidak mahu sebarkan perkara ini kepada media, ianya boleh memberi kesan kepada parti," katanya.

PAS Pusat telah menerima laopran berhubung pembabitan bekas pemimpin PAS di Syria semasa dalam mesyuarat bulan Mei tahun ini iaitu hanya setelah Lotfi ke Syria.

"Penglibatan beliau dalam jihad di Syria diketahui sejak April dan kami dapat laporan mengenai perkara tersebut dari ahli kami sendiri dalam mesyuarat pada bulan Mei, susulan dari laporan yang kami terima, kami siasat dan jumpa bukti beliau memang sudah ke sana untuk berjihad.

Terdahulu, negara dikejutkan dengan kenyataan seorang bekas ahli Pas, Ustaz Lotfi Ariffin menyertai perjuangan di Syria.


Dakwaan tersebut dibuat susulan dengan penemuan gambar beliau dan klip video mengenainya di Syria yang dimuat naik ke media sosial.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 2, 2014 at 1:58 PM

Jadi, PAS pecat setelah media sebarkan berita atau sebelum itu?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger