PAS BERHAK SUARAKAN PENDAPAT KELUAR PAKATAN RAKYAT DEMI KEPENTINGAN POLITIKNYA


PAS hari ini kecoh dengan kenyataan perbualan dalam Whatapps PAS Pusat berhubung kemelut Menteri Besar Selangor sebaik sahaja kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengenai sokongan terbukanya terhadap Khalid Ibrahim yang turut disokong Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat diberikan perhatian.

Serentak dengan kenyataan kedua-dua pemimpin tertinggi PAS itu membuatkan pemimpin-pemimpin PAS peringkat Pusat dan Negeri kini berbincang mengenai hala tuju terbaik PAS selepas ini sekiranya mengambil keputusan keluar Pakatan Rakyat.

Ramai ahli PAS berpendapat soal PAS mahu keluar Pakatan Rakyat tidak perlu diperbesarkan kerana PAS percaya kepada pengaruhnya biarpun berjuang sendirian. Ini kerana sebelum menyertai Pakatan Rakyat, PAS berjuang sendirian dan lebih kuat berbanding PKR dan DAP.

Semua ini gara-gara pendapat pemimpin PAS Pusat tidak akan sama atau bersependapat dengan pemimpin DAP dan PKR yang secara asasnya bersetuju dengan pelantikan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu selepas Mesyuarat Presiden Pakatan Rakyat.

Di peringkat DUN Selangor, PAS menguasai kerusi berbanding PKR dan DAP, dan sepatutnya PAS berhak dilantik sebagai Menteri Besar Selangor ataupun sekurang-kurangnya suara PAS dijadikan keputusan muktamad. 

Namun, sepanjang pemerintahan Khalid Ibrahim, PAS tidak melihat sebarang cacat selanya sebaliknya hanya melihat konflik pertukaran Menteri Besar Selangor itu bersifat percaturan politik dan kepentingan individu dalam PKR.

Justeru, jalan terbaik bagi PAS ialah keluar Pakatan Rakyat dan bergabung dengan UMNO dan bersama dengan Khalid Ibrahim dan seorang wakil ADUN PKR bagi membentuk kerajaan campuran.

Ini adalah idea Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat yang kini dilihat sudah tidak lagi relevan.

Susulan daripada kenyataan Dr Muhd Zuhdi itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, parti itu tidak seharusnya dipersalahkan terhadap mana-mana pandangan peribadi ahlinya kerana ia tidak mencerminkan pendirian sebenar mereka.

“PAS sebagai sebuah parti politik lslam yang berjiwa besar meraikan perbezaan pandangan…tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kenyataan serta analisis peribadi ahli-ahlinya seandainya menimbulkan kontroversi dan kegusaran umum,” katanya pada Selasa.

Dalam hal ini PAS tidak perlu takut kepada DAP dan PKR kerana jika berpisah daripada Pakatan Rakyat, PAS masih dilihat parti yang relevan sekiranya bersendirian ataupun jika bergabung dengan UMNO mampu menguatkan parti Islam itu.

Sebaliknya PKR atau DAP yang harus takut sekiranya Pakatan Rakyat berpecah kerana sejak kebelakangan ini pengaruh DAP yang masih berkurangan ekoran kebiadapan mereka berhadapan dengan Pertubuhan Pendaftaran Negara.

Demikian juga dengan PKR yang sehingga kini masih belum selesai Pemilihan PKR 2014 dengan diselubungi pelbagai kekecohan.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

July 29, 2014 at 11:19 PM

Abistu,keputusan PKR nak singkirkan TS Khalid bukan pengkhianatan?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger