NEGARA MASIH PERLUKAN AKTA HASUTAN


Biarpun kerajaan mencadangkan undang-undang baharu bagi menggantikan Akta Hasutan namun akta berkenaan tidak mampu untuk menghalang berbagai-bagai hasutan yang akan berlaku.

Ramai pihak termasuk Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia boleh menjadi huru-hara sekiranya kerajaan meneruskan cadangan untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948.

"Rakyat akan menerima berbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda Perlembagaan Malaysia. Tidaklah mustahil mereka akan menghasut supaya institusi raja juga dihapuskan," katanya dalam entri terbaharu blog http://chedet.cc.

Dr. Mahathir turut menyifatkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri telah menyebabkan peningkatan pelbagai jenis jenayah di negara ini.

Kenyataan Tun Dr Mahathir turut disokong oleh beberapa pemimpin lain yang sependapat bahawa situasi yang berlaku pada hari ini lebih kompleks dan mencabar.

Malah, ada di kalangan pemimpin Pakatan Pembangkang kini secara terang menghasut demi kepentingan politik tanpa mengendahkan implikasi yang akan diterima rakyat.


Harus diingat juga Malaysia ini berpolitik 365 hari dalam setahun dan tidak hanya menunggu kempen Pilihan Raya Umum dengan mengguna pakai pelbagai jenis media untuk berkempen. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger