MEMANG RAMAI PEMIMPIN PKR MAHU KHALID IBRAHIM LETAK JAWATAN


Tidak cukup dengan desakan meletak jawatan menerusi kenyataan pemimpin PAS dan PKR dan Ketua Umum PKR serta ahli-ahli PKR, berita peletakan jawatan Menteri Besar Selangor semakin kencang apabila telah tersebar di media sosial sebelum tengah hari siang tadi dengan mengguna pakai nama Bernama.

Penyebaran berita palsu ini disebarkan menerusi media sosial seperti Whatapps, Facebook, Twitter dan sms kononnya Khalid Ibrahim akan meletak jawatan.

Tanpa usul periksa dan percaya kepada berita itu, sekumpulan wartawan telah termakan dengan berita itu dan terus sedia di luar pagar istana Sultan Selangor di Shah Alam dan Klang serta di Bangunan Seketariat Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam sepanjang tengah hari tadi.

Berikutan itu seluruh rakyat Selangor telah dilakonkan dengan drama yang tidak benar dan menjejaskan kredibiliti Kerajaan Selangor.

Bernama pula berkata ia tiada kaitan langsung dengan penyebaran maklumat berkenaan yang letak Bernama sebagai sumbernya.

Khalid yang ditemui wartawan selepas satu mesyuarat di Shah Alam tengah hari Isnin  menafikan akan meletakkan jawatannya.


Sebaliknya, beliau meminta pihak yang tidak bertanggungjawab sebar maklumat palsu itu segera  menghentikannya.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger