MEMANG BENAR DAP SARAWAK BOIKOT PROGRAM PAKATAN RAKYAT SARAWAK


Program memperingati Hari Kemerdekaan Sarawak ke-51 yang disambut pada 22 Julai anjuran PKR Sarawak bertempat di Hotel Grand Continental, Kuching tidak dihadiri seorang pun pemimpin dari DAP Sarawak.
 
Ini secara jelas menggambarkan 'ugutan' yang dibuat DAP Sarawak pada sidang media Ahad lepas benar-benar dilaksanakan. 
 
Malah, kehadiran Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di majlis itu juga tidak langsung menarik minat DAP Sarawak untuk menghantar pemimpin tertinggi DAP Sarawak atau sekurang-kurangnya wakil bagi menunjukkan tanda persefahaman mereka.
 
Sebelum ini DAP Sarawak telah mengugut PKR Sarawak dan PAS Sarawak untuk keluar meninggalkan Pakatan Rakyat dan berdiri sendirian seperti mana yang pernah mereka buat dahulu.
 
Tidak keterlaluan dikatakan DAP Sarawak tidak akan kehilangan sokongan terhadap mereka kerana kadar sokongan masyarakat Cina ke atas DAP Sarawak sebanyak 65%.
 
Semalam, di sepanjang lawatan singkat Anwar Ibrahim ke Sarawak tiada seorang pun kelihatan pemimpin mahupun ahli DAP Sarawak yang menyambut ketua mereka.
 
Hanya kelihatan pemimpin dan ahli PKR Sarawak sahaja yang menunggu dan menyambut kehadiran Anwar Ibrahim untuk berbuka puasa mahupun sembahyang terawih.
 
Jika benar sekalipun menidakkan jemputan ke majlis anjuran PKR Sarawak sekurang-kurangnya hantarlah Abdul Aziz Isa wakil DAP Cawangan Tupong. 
 
Untuk meraih sokongan pengundi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 kelak, undi yang tentunya datangnya daripada sebahagian ahli-ahli PKR Tupong, Abdul Aziz Isa perlu 'bermesra' dengan PKR Sarawak.
 
Abdul Aziz Isa merupakan calon favorite DAP Sarawak untuk bertanding di kawasan Melayu khususnya di DUN Tupong.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

July 24, 2014 at 8:57 AM

Tepat sekali.Aziz (DAP) perlu bermesra lebih erat dgn PKR Tupong jika nak menang.Org muda perlu diberi peluang.Tak semestinya dari pembangkang saja.Pihak PBB pun perlu berani mencalonkan org muda menggantikan pemimpin veteran/tua PBB yg terlampau lama memberi perkhidmatan.Org muda juga perlu dihargai dan diberi peluang nak mencurah khidmat.Berilah peluang.Org tua patut dah bijak (wise) boleh membaca trend kini.

sekadar pandangan 50sen.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger