MARILAH KITA BERSAMA MEMBACAKAN DOA ‘QUNUT NAZILAH’


Kekejaman ke atas rakyat Palestin oleh askar-askar Yahudi di Gaza, Palestin sangat mendukacitakan dunia dan hari sedih bagi rakyat beragama Islam.

Justeru, diminta seluruh AJK surau dan masjid di seluruh negara mendoakan buat rakyat Palestin dengan membaca doa ‘Qunut Nazilah’ agar kekejaman rejim Israel dibalas kembali akhirnya.


Juga, khutbah Jumaat di seluruh negara dicadangkan menceritakan tentang kekejaman rejim Israel selain mengadakan Solat Hajat untuk rakyat Palestin.

Sehingga kini, tiada sebarang usaha yang diadakan di peringkat antarabangsa sebaliknya hanya mengecam tindakan Israel itu dengan suara sahaja tanpa sebarang tindakan.




Bagi Islam, doa daripada mukmin di bulan puasa ini sangat mujarab.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

July 10, 2014 at 9:19 PM

terima kasih kerana mengingatkan kita semua sebagai umat Islam. Moga Allah mengkabulkan doa kita.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger