LULUSNYA PUSAT JUDI LUMBA KUDA TERBESAR ASIA DI BUKIT TAGA SELANGOR MAKA PECAHLAH GABUNGAN PAKATAN PEMBANGKANG


Kerajaan Selangor tidak pernah terlepas daripada kemelut dalaman gabungan Pakatan Pembangkang selain daripada isu jawatan Menteri Besar Selangor.

Di sebalik krisis penukaran Menteri Besar Selangor, ada krisis dalaman yang menjadi penentu kepada gabungan Pakatan Pembangkang iaitu pembinaan pusat judi lumba kuda terbesar di Asi Tenggara.

Jika pusat judi lumba kuda terbesar di Asia itu yang akan dibina di Bukit Taga di Hulu Selangor diluluskan Kerajaan Selangor maka jodoh Pakatan Pembangkang akan berakhir.

Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad, PAS sebagai sebuah parti Islam sama sekali tidak akan bersetuju dengan pembinaan pusat perjudian tersebut.

"Kami telah menerima maklum balas daripada ahli-ahli kami dan masyarakat Islam yang menentang pembinaan itu. Wakil-wakil PAS di dalam kerajaan pula sentiasa konsisten dengan pendirian tidak bersetuju dengan projek yang boleh memudaratkan itu," katanya dalam satu kenyataan pagi Isnin.

Katanya, bagaimanapun beliau yakin isu ini akan dapat diselesaikan dengan kerajaan negeri mengambil kira pandangan rakyat.

"Oleh yang demikian, saya menggesa agar masyarakat Islam supaya bersabar kerana kerajaan negeri sentiasa prihatin kepada hasrat rakyat," ujarnya.

Sebelum ini, media mendedahkan ada syarikat yang membuat permohonan sejak 2011 bagi membina sebuah pusat judi lumba kuda terbesar di Asia di Bukit Tagar, Hulu Selangor.

“Syarikat ini masukkan permohonan sekali lagi untuk dapatkan kelulusan bina pusat judi lumba kuda di sebuah kawasan di Hulu Selangor. Mereka juga sertakan kaji selidik daripada sebuah universiti tempatan yang menyatakan 50 peratus daripada Melayu setuju pembinaan pusat itu.

“Tapi daripada mesyuarat Exco khususnya daripada PAS mencurigai kesahihan kaji selidik itu. Sebab pada 2011, PR Merdeka Centre telah kaji selidik tentang penerimaan masyarakat Melayu terhadap pembinaan pusat judi ini tapi kenapa pula kaji selidik ini menerima? Ini menimbulkan kecurigaan,” katanya lagi.

Muhamad Idris yang juga YDP PAS Kawasan Hulu Selangor berkata, sebagai langkah bantahan beliau serta ahli jawatankuasa sekretariat akan mengumpulkan tandatangan orang Melayu di daerah ini sepanjang Ramadan.

“Kita akan ambil tandatangan rakyat Hulu Selangor seramai mungkin bagi menyatakan kepada Menteri Besar dan Sultan Selangor bahawa kita membantah,” katanya.

Walau bagaimanapun saya yakin isu ini akan dapat diselesaikan dengan kerajaan negeri mengambil kira pandangan rakyat.

Oleh yang demikian, saya menggesa agar masyarakat Islam supaya bersabar kerana kerajaan negeri sentiasa prihatin kepada hasrat rakyat.

Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) MDHS Tukiman Nail mengesahkan menerima cadangan daripada sebuah syarikat sebagai sebahagian daripada cadangan pembangunan sebuah pusat rekreasi yang bersandarkan kepada sukan perlumbaan kuda.

Bagaimanapun katanya, jika disebut mengenai sukan lumba kuda maka masyarakat Islam akan memikirkan mengenai perjudian dan itu adalah hakikatnya.

“Sebenarnya permohonan ini sudah lama dikemukakan tapi kerajaan negeri belum bercadang untuk meluluskan.

“Walaupun, saya dapati beberapa kali cuba dibincangkan dalam Mesyuarat MTES termasuk mesyuarat yang terbaharu pada Khamis lalu, namun saya dimaklumkan kerajaan negeri belum buat keputusan” katanya.

Difahamkan bantahan tersebut pernah dikemukakan kepada Sultan Selangor ketika lawatan Baginda ke sebuah Masjid di Hulu Selangor tidak lama dulu.

Inilah Selangor yang tidak habis-habis dihantui dan dibebani dengan pelbagai macam isu tatkala ciptaan sendiri.


Dan, yang pasti mereka yang menerima tempias dan kesan pastinya rakyat yang sebelum ini sangat percayakan pemimpin mereka di Selangor.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger