KHALID IBRAHIM TIDAK RISAUKAN DESAKAN PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG MELEPASKAN JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR


Khalid Ibrahim yakin dengan sokongan yang diberikan pemimpin Pakatan Pembangkang yang lain terhadap keupayaannya menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Selangor biarpun ada suara-suara sumbang yang mahukan dirinya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.

Atas sebab itu tidak ada sebab mengapa beliau perlu melayan dan mendengar desakan dan asakan untuk beliau melepaskan jawatannya selaku Menteri Besar Selangor.

Khalid dengan tegas menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang komen berhubung desakan itu dan masih menjalankan tugas seperti biasa.

Selain Pesuruhjaya PAS Selangor, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin turut sama mendesak Khalid Ibrahim untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Khalid Ibrahim masih yakin dengan sokongan pemimpin Pakatan Pembangkang di Selangor sambil menegaskan mandat rakyat kepada Pakatan Pembangkang di Selangor harus dijalankan dengan sebaiknya.

“Saya yakin dengan sokongan ADUN-ADUN PR dan juga barisan Exco yang masih menyokong. Ini adalah mandat daripada rakyat. Ini bermakna rakyat memberikan amanah kepada wakil-wakil Dewan Negeri menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

Bercakap mengenai desakan segelintir pemimpin PKR, Khalid menegur supaya mereka perlu bertindak lebih matang.


Menurutnya, desakan sebegitu hanya menunjukkan kelemahan Pakatan Pembangkang dan ini hanya akan membuka ruang kepada BN untuk melumpuhkan Pakatan Pembangkang terutamanya di Selangor.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 3, 2014 at 3:18 PM

Alhamdulillah. Betul2 terbuka dalam Parti Pakatan nih. Tiada kutuk mengutuk, tiada fitnah.... hanya teguran ikut pendapat masing2.

Bukan macam dalam bee end sampai bergaduh kerana apa? Kerana pangkat dan harta.

Zaman keagungan Islam dulu pun ada percanggahan. Tapi hasilnya Islam berjaya menguasai beberapa bahagian dunia.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger