KHALID IBRAHIM PERLU SEGERA BERUNDUR DARIPADA JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR


Mesyuarat Pakatan Pembangkang pada malam ini merupakan penentu muktamad masa depan politik Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Jika keputusan majoriti pemimpin Pakatan Pembangkang bersetuju dengan cadangan Presiden PKR yang juga ADUN Kajang diangkat sebagai Menteri Besar Selangor.

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menegaskan walau apa cara sekalipun, Khalid Ibrahim harus berundur dan memberi ruang kepada Menteri Besar Selangor yang baharu iaitu Wan Azizah Wan Ismail.

Perubahan seharusnya berlaku bagi suatu yang lebih baik pada masa depan dan ini yang akan terjadi ke atas Khalid Ibrahim.

Begitu pun, Anwar memuji Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang berjaya dalam pentadbirannya kerana membawa Selangor mencapai kemajuan yang dinikmati pada hari ini.

Mengenai prosedur pelantikan Menteri Besar Selangor, Anwar menyatakan setiap prosedur akan diikuti supaya pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akur dengan keputusan PKR yang menamakan Presidennya sebagai calon menteri besar baharu namun beliau mengingatkan bahawa perkara itu tertakluk kepada undang-undang.

Menurutnya, beliau berpegang teguh kepada enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian menteri besar.

“Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor yang telah memilih saya melalui proses pemilihan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan.


“Negeri Selangor mempunyai tatacara pelantikan menteri besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger