KHALID IBRAHIM BOLEH UCAPKAN SELAMAT TINGGAL KEPADA PKR


Tiada lagi jawatan dalam PKR dan pastinya itu jalan keluar yang ditunjukkan PKR kepada Khalid Ibrahim.

Selepas kalah kepada bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dalam jawatan Ketua Cabang PKR Pemilihan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, nasib Khalid Ibrahim ternyata kini di hujung tanduk apabila ketinggalan kepada penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali.

Berdasarkan keputusan sehingga 28 Jun 2014 yang dikeluarkan di laman web https://pemilihan2014.keadilanrakyat.org/ menyaksikan penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali terus kekal di kedudukan nombor satu dengan memperoleh 21,066 undi sekali gus meletakkan beliau berada dalam keadaan selesa berbanding dua pesaingnya.

Sementara, Abdul Khalid pula berada pada kedudukan nombor dua dengan memperoleh 17,608 undi iaitu ketinggalan 3,458 undi manakala seorang lagi calon jawatan Timbalan Presiden, Saiffuddin Nasution Ismail hanya meraih 9,944 undi.

Begitu pun, keputusan terkini itu melibatkan 195 daripada 198 cabang di seluruh negara, sementara masih terdapat tiga lagi cabang perlu mengadakan pemilihan dan pengiraan undi semula.

Cabang Kelana Jaya dan Puchong akan mengadakan pemilihan semula pada Ahad ini sementara Pensiangan masih belum ditetapkan tarikhnya.

Keputusan penuh termasuk melibatkan tiga cabang tersebut akan diumumkan di Kongres Nasional pada 22 hingga 24 Ogos nanti.


Selepas ini, Khalid Ibrahim boleh memikirkan masa yang sesuai untuk bersara daripada politik selepas pemilihan yang ternyata kejam buat dirinya untuk terus kekal bersama PKR.
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
July 10, 2014 at 1:08 PM

Apa pun keputusannya ,yg pasti adalah PKR akan berpecah belah.Pengikut TS Khalid bukan sedikit,saya pun tak sangka TS Khalid mampu mendapat undi sebanyak itu,kerana Azmin adalah bayang Anwar dan di anggap mengundi Azmin samalah dgn mengundi Anwar. Walau pun ramai yg berpendapat Sarifuddin adalah calun sokongan Anwar ,tapi kedudukan sebenarnya tidak begitu,sistem keluarga 69 tidak dapat memisahkan Anwar dan Azmin. Rafizi di kritik kerana 'langkah Kajang',tapi Azmin lah yg menyebabkan 'langkah Kajang' di laksanakan

Anonymous
July 10, 2014 at 1:27 PM

Who cares????????????????

July 10, 2014 at 1:38 PM

no..no..no. khalid ibrahim mesti kekal dalam pkr. walaupun kalah dalam pemilihan (ketua cabang & naib presiden) tetapi jangan lupa beliau masih adun pelabuhan kelang. di peringkat pusat pula dia adalah mp bandar tun razak. prasyarat kekal sebagai mb tidak tergugat. jangan pedulilah azmin menang pemilihan timbalan presiden ke apa ke, nak jadi mb mesti jawat timbalan presidenkah? kalau begitu, lebih layak lagi presiden untuk menjadi mb........adun kajang. letih kalau layan sangat otak sengal anwar ni. aku bukan sokong pkrpun, tapi kerana rakyat selangor dah pilih pakatan untuk tubuh kerajaan, janganlah kerana mabuk kuasa mereka bercakaran sesama sendiri demi agenda tembolok masing-masing. kesian rakyat selangor.

Anonymous
July 10, 2014 at 1:56 PM

Who cares.. Politik dari awal sampai sekarang. .tak habis. .bila nak selesai masalah rakyat. Elok selangor jadi macam penang.. Dah banyak kilang tutup.. Investment luar merudum.. Ramai rakyat hijrah ke kedah dan perak untuk cari business. Harap nanti selangor pun sama, sok nanti ramai rakyat Kelantan balik kampong sendiri cari makan. Ha ha..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger