KHALID IBRAHIM BERI AMARAN TEGAS KEPADA ANWAR IBRAHIM DAN PAKATANPEMBANGKANG


Seakan sudah bosan dengan permainan Anwar Ibrahim dan rakannya dalam Pakatan Pembangkang, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim memberi amaran bahawa jika beliau disingkirkan pentadbiran negeri Selangor akan diberikan kepada Barisan Nasional sekaligus membuatkan Pakatan Pembangkang akan putih mata.

Demikian menurut Khalid Ibrahim ketika ditanya mengenai situasi semasa mengenai kemelut Menteri Besar Selangor yang kini memasuki fasa klimaks.

"Saya tidak akan undur diri. Tetapi, saya minta ADUN kemukakan undi tidak percaya di DUN Selangor jika itu yang mereka (Pakatan Pembangkang) mahukan. 

Jelas kini masalah dalaman yang membabitkan PKR dan Pakatan Pembangkang sudah tidak boleh disembunyikan lagi.

Malah kini, ramai di kalangan pemimpin PKR di peringkat cabang sudah memberi komen bahawa mereka tetap mahukan Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut Khalid Ibrahim, PKR sepatutnya malu dengan permasalahan dalaman yang berlaku sekarang ini selain daripada isu Pemilihan PKR 2014 yang sehingga kini masih belum selesai.

Perbuatan Khalid Ibrahim menerusi undi tidak percaya ini bukannya ugutan, juga bukan paksaan tetapi itu yang mereka (Pakatan Pembangkang) mahukan jika tetap mahukan saya disingkirkan.

Perkara mengenai singkirkan Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar Selangor bukan baru lagi bahkan sudah kedengaran apabila beliau dilantik dan dipersetujui pemimpin Pakatan Pembangkang selepas kemenangan mereka dalam PRU-13 lepas.

Cumanya Langkah Kajang yang diperkenalkan Rafizi Ramli pada bulan Mac 2014 menguatkan lagi strategi pemimpin PKR yang mahu menjatuhkan Khalid Ibrahim.

Begitupun, bagi rakyat Selangor, mereka melihat krisis kepimpinan pentadbiran Selangor yang diterajui PKR itu sebenarnya didalangi pemimpin PKR sendiri yang sebelum ini kecewa kerana tidak diberikan projek di sepanjang pemerintahan Khalid Ibrahim.

Share this article :
 

+ comments + 5 comments

July 29, 2014 at 12:30 AM

Tertekan betul kalau jadi TS Khalid.

Anonymous
July 29, 2014 at 12:50 AM

Nwar,nwar...Aku respect keluarga kau ni! Memang dikurniakan sesuatu yang special oleh tuhan .......iaitu KULIT SETEBAL KULIT BABI! Manusia biasa takde kulit setebal kulit kau sekeluarga.

Anonymous
July 29, 2014 at 12:15 PM

betul..betul..betul

Anonymous
July 30, 2014 at 11:47 PM

Pengikutnya pun apa kurang specialnya,bodoh sebodoh lembu,tak ada maknusia yg sebodoh itu,Berkali kali di tipu dan di jadikan alat utk membela perbuatan terkutuk beliau.

Sang Tebuan
July 31, 2014 at 9:46 AM

Betul betul betul. Wahai rakyat Selangor. Janganlah anda dibabikan oleh mereka2 yang kelahab & bernafsu Syaitan. Lupakah anda semua tatkala si Anwar itu menjadi Menteri Kewangan. Berapa ramai sebenarnya kroninya & taktik jijiknya utk singkir Tun Dr Mahathir semasa kegawatan ekonomi.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger