KEM MASA DEPAN BERSAMA DAHULUI KEM AZMIN ALI DALAM JAWATAN NAIB PRESIDEN

 

Selain jawatan Timbalan Presiden PKR, persaingan jawatan Naib Presiden PKR juga kelihatan sangat sengit apabila calon dari kem Masa Depan Bersama yang diketuai Saifuddin iaitu Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua masing-masing sedang mendahului pencabar daripada kem Azmin Ali.

Nurul Izzah yang juga penyandang Naib Presiden memperoleh 27,031 undi diikuti Tian Chua (20,480 undi). Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd. Akin berada di tempat ketiga dengan menguasai 18,777 undi.

'Ayam sabung' PKR, Rafizi Ramli tercicir jauh apabila berada kedudukan nombor lima daripada tujuh calon yang merebut jawatan tersebut dengan 17,461 undi.

Apa yang memalukan beliau ditinggalkan oleh Dr. Xavier Jayakumar Arulanandam yang memperoleh 17,587 undi.

Dua calon, Baru Bian dan Fuziah Salleh masing-masing mendapat 4,417 undi dan 14,937 undi.


Sebanyak 36 cabang PKR mengadakan pemilihan semula selepas Jawatankuasa Pemilihan Pusat membatalkan proses itu atas alasan wujud elemen mensabotaj parti seperti merempuh masuk ke dalam dewan pengundian dan menimbulkan kekecohan.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 12, 2014 at 12:26 PM

PR akan bungkus dlm PRU14...percayalah....Apabila MB Selangor menjadi rebutan pemimpin yang mabuk kuasa...Rakyat sebenarnya selesa dengan TSKI yang banyak membawa perubahan dalam negeri Selangor.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger