KEKECOHAN PEMILIHAN PKR ALASAN UNTUK PKR PECAT AHLINYA


Pemilihan PKR 2014 kali ini boleh dianggap sebagai titik hitam dalam sejarah ahli-ahli PKR apabila ramai yang dikenakan tindakan disiplin sehingga ada yang dipecat sebagai ahli PKR seumur hidup.

Terbaru, Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memecat 6 orang ahli PKR atas beberapa kesalahan dengan yang pastinya kesalahan mereka disifatkan sebagai mencemar imej parti.

Pengerusinya Datuk Dr. Tan Kee Kwong setelah dipersetujui Biro Politik menyatakan mereka yang dipecat itu adalah ahli PKR Cabang Ampang, Nasharuddin Md Isa, ahli Cabang Kota Raja, Nallasamy A/L Kumarasamy, Sathiaseelan A/L Nagamuthu, Vijay Kumar Samy, Mohanathas A/L Alagan dan ahli PKR Cabang Kuala Selangor, Mustapha Mohd Talib.

Daripada kalangan mereka yang dipecat itu, hanya Nasharuddin sahaja yang telah memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 27 Jun yang lalu.

Lembaga Disiplin PKR menyatakan tindakan Nasharuddin itutelah melanggar Perlembagaan Parti Fasal 44.1 iaitu Larangan Membawa Parti ke Mahkamah dan tiada seorang anggota yang boleh membawa apa-apa perkara parti ke mana-mana mahkamah. Sekiranya berbuat demikian, maka keanggotaannya tergugur secara automatik.

Sementara itu, Nallasamy pula dipecat dari PKR kerana telah terlibat dalam satu tindakan merampas dan menendang peti undi semasa proses pemilihan di Cabang Kota Raja pada 11 Mei yang lalu.

"Sathiaseelan pula dipecat kerana telah melakukan kekasaran terhadap seorang anggota parti di dewan pengundian sewaktu proses pemilihan berlangsung di Cabang Kota Raja.

"Vijay dan Mohananthas pula dipecat kerana telah terlibat dalam satu tindakan merampas dan memecahkan peti undi semasa proses pemilihan di Cabang Kota Raja pada 22 Jun yang lalu.

Tambahnya lagi, Mustapha telah didakwa membuat ugutan terhadap seorang calon untuk tidak meneruskan niat bertanding untuk jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.

"Keputusan ini dibuat setelah penelitian dan siasatan berkenaan beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota," ujarnya.

Katanya lagi, kes-kes ini telah pun dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik bertarikh 1 Julai tahun ini yang dipengerusikan oleh Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dihadiri anggota-anggota Biro Politik yang lain.


Sumber - FMT
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
July 3, 2014 at 1:48 PM

Titik hitam yang akan jadi pengajaran kepada Pakatan dalam menghadapi fitnah dan sabotaj mereka yng nak kekal kan kuasa dan harta kekayaan.

Anonymous
July 6, 2014 at 10:25 AM

Titik hitam yang akan terjadi sekiranya pakatan di biar merampas negara kerana kekuasaan dan harta kekayaan akan dipindah kepada mereka, (PKR adalah batu loncatan DAP utk memerintah dan seterusnya melenyapkan hak istimewa org2 melayu mcm singapore)

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger