JAWATAN MB SELANGOR MILIK PKR! WAN AZIZAH CALON TERBAIK PENGGANTI KHALID IBRAHIM


Biarpun PAS Selangor bermesyuarat hari ini bagi membincangkan kedudukan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim jawatan itu tetap milik PKR.

Untuk itu, calon terbaik bagi pengganti Khalid Ibrahim mestilah datangnya daripada PKR dengan desas-desus mengatakan ADUN Kajang yang juga Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti terbaik Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun, beberapa penganalisis politik berpendapat Wan Azizah Wan Ismail hanya akan menjadi proksi kepada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim sekiranya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Samsu Adabi Mamat berkata, Wan Azizah tidak akan dapat lari dari menerima ‘telunjuk’ Anwar sekiranya beliau mendapat mandat itu.

“Beliau (Wan Azizah) mempunyai Anwar (menyokong) di belakang.

“…jadi pada saya beliau akan mentadbir sebagai proksi kepada Anwar sekiranya beliau dipilih,” katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan pula berkata, Wan Azizah sememangnya layak untuk memegang jawatan tersebut.

Menurut Jayum, pandangan yang mengatakan bahawa Wan Azizah sebagai proksi Anwar adalah pandangan peribadi dan sememangnya tidak dapat dielakkan.

“Wan Azizah kalau dilihat balik mempunyai ‘track record’ yang cemerlang dalam politik.

“Beliau adalah Presiden PKR, telah berpengalaman sebagai ahli Parlimen lebih daripada 20 tahun.

“Jadi pandangan sebegitu sememangnya tidak boleh lari daripada masyarakat kita,” katanya lagi.

Terkini, pimpinan Pas Pusat dan Selangor mengadakan pertemuan hari ini bagi membincangkan suasana politik negeri Selangor termasuk isu jawatan Menteri Besar Selangor.

PAS Selangor sebelum ini berkeras agar Khalid Ibrahim digugurkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor ekoran sikap pemerintahannya yang dikatakan tidak berbincang dengan kepimpinan Pakatan Pembangkang Selangor sebelum membuat sebarang keputusan yang membabitkan projek Kerajaan Negeri Selangor.


Susulan daripada itu, PAS menjelaskan sudah tiba masanya jawatan Menteri Besar Selangor itu diserahkan kepada PAS.
Share this article :
 

+ comments + 6 comments

Anonymous
July 7, 2014 at 4:42 PM

Ehhh..elok apa Kak Jijah naik jadi MB Selangor..gua setuju ape...biarlah..Selangor kan hak milik Pakatan..huahuahua...bukan hak rakyat Selangor....lagi cepat Kak Jijah naik jadi MB lagi cepat Pakatan telungkup/tersungkur kat Selangor ni....huhuhu...terbaik la Pakatan!!!....puiiii... ehh...ehh...puii..puiiii...

Anonymous
July 7, 2014 at 5:08 PM

Si jijah tu memang banyak pengalaman dan sesuai jadi MB Selangor....kata professor bodoh tu....

Pengalaman yang cukup banyak dalam hal2 semua soalan ditolak speaker sebab tak mengikut syarat......Paling layak? pttuuiiihhh!!

Anonymous
July 7, 2014 at 5:25 PM

Eloklah kalau WA jadi MB Selangor ,mudah sikit PR di kuburukan.Sebenarnya WA ni jadi ketua Cabang PKR pun tak layak,tangkai jering mengalahkan TS Khalid,berucap pun macam ayam berak kapur dah lah buat soalan dewan boleh di tolak semua.Apa jenis profesor yg buat ulasan kata WA 'layak'..Pembodek.Aku ahli PKR dan pernah jadi ketua cabang ,tak pun terasa WA ni tokoh hebat,rasa menyampah ada le.

Anonymous
July 7, 2014 at 6:14 PM

Sungguh menakutkan jika bini kepada raja penipu yang dirinya sendiri kuat menipu menjadi MB Selangor!

Anonymous
July 7, 2014 at 6:32 PM

Banyak pengalaman MENIPU adalah!!!

Anonymous
July 7, 2014 at 8:09 PM

20 tahun pengalaman jadi ahli parlimen..betul ka jijah ada pengalaman tu..bila plak 20 tahun tu..2 tahun ada la

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger