ISU MENTERI BESAR SELANGOR DIBAWA KE MAJLIS PRESIDEN PAKATAN PEMBANGKANG


Isu melibatkan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim lebih besar berbanding isu keperluan dan kepentingan rakyat Selangor.

Atas sebab itu, isu ini akan dibawa dan dibincangkan dalam Majlis Presiden Pakatan Pembangkang yang akan bermesyuarat sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk membincangkan hal itu dan ia hanya boleh diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Pembangkang yang akan bersidang sebelum hujung bulan ini.

"Kita ada majlis presiden kerana isu MB Selangor itu melibatkan pimpinan tertinggi dalam parti.

"Kita jangka mesyuarat Majlis Presiden itu akan diadakan sebelum raya bagi membincangkan banyak isu termasuk kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," katanya pada sidang media.

Semalam, Majlis Setiausaha Agung Pakatan Pembangkang yang bermesyuarat tidak membincangkan isu pertukaran Menteri Besar Selangor sebaliknya hanya membincangkan permasalahan dalaman parti.


Pendirian PAS berhubung isu Menteri Besar Selangor itu tetap tidak berubah dan keputusan itu mesti dibuat secara bersama dan melalui Majlis Presiden Pakatan Pembangkang.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger