ISTANA SANGKAL LAPORAN BERITA PALSU MALAYSIAKINI


Seakan-akan tidak serik, Malaysiakini sekali lagi memaparkan laporan palsu berhubung pihak Istana menolak permohonan Khalid Samad untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu berkaitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, dakwaan sebuah portal berita bahawa Sultan Sharafuddin menolak permohonan Ahli Parlimen Shah Alam itu adalah tidak benar.

Beliau mendakwa tidak dihubungi oleh mana-mana portal berita dan membuat kenyataan berhubung keputusan permohonan Khalid itu.

Bagaimanapun, pihak Istana mengambil pendekatan mulia di bulan Ramadan ini dengan menganggap tindakan Malaysiakini itu tersalah menerima maklumat.

"Kemungkinan portal berita terbabit tersalah menerima maklumat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

"Tuanku sudah menerima permohonan daripada Khalid untuk menghadap tetapi belum ada keputusan dibuat sama ada baginda berkenan untuk berjumpa atau tidak.

Sebelum ini, Malaysiakini telah melaporkan bahawa Sultan Sharafuddin menolak permohonan Khalid untuk diperkenan menghadap baginda berhubung isu berkaitan MAIS.


Sehubungan itu, Mohamad Munir menambah, pihak istana akan mengeluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat bagi menafikan dakwaan baginda telah menolak permohonan Khalid.
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

July 22, 2014 at 4:14 PM

Wahai pihak istana, kemelut politik berpanjangan , panggil dan nasihatkan MB SElangor untuk bubarkan DUN , buat PRK baru , kemudian siapa menang lantik MB baru dan yang penting bukan dari kalangan kaum wanita, takutlah murka Allah dari takutkan pencacai politik , Lelaki adalah khalifah atau imam atau ketua keluarga kecuali (IT) ibu tunggal. Si Jijah mungkin boleh dilantik sekiranya beliau tidak mempunyai suami atau beliau adalah IT

July 22, 2014 at 4:26 PM

I dont think it is the Istana Role to call the MB. It should be the other way... that is....the MB go to see the Istana.... and asking for a "restu" to dissolve the DUN... aint bro....

July 23, 2014 at 3:29 PM

adakah PAS setuju wanita menjadi khalifah mereka?atau semua benda haram jadi halal jika PAS yg buat?PAS semakin jauh dari agama walaupun mereka semakin yakin menang.

Anonymous
July 24, 2014 at 12:42 PM

Setuju PAS semakin sesat. Teringat peristiwa tahun 1990, ahli pas menjadi penentang kuat apabila hajah ilani dicalonkan sebagai calon parti 46 parlimen kota bharu melawan tengku ahmad rithauddin. Sebabnya hajah ilani perempuan . Pas dan 46 masa tu bergabung atas nama Angkatan Perpaduan Ummah. Kalau PAS semua boleh, yg haram boleh jadi halal demi kuasa.Yang tak boleh Umno. Teringat cerita budak pondok tangkap ikan dan pergi tanya tok guru pondok ikan ini halal atau tidak. tok guru pondok kata haram. Budak tu kata'INGAT NAK BERI KE TG' TOK GURU PONDOK kata nanti dulu saya cari kitab yang kata ikan itu halal.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger