ISRAEL: SEMUA IBU DAN KANAK-KANAK PALESTIN HARUS DIBUNUH DAN DIANGGAP SEBAGAI PENGGANAS


Serangan rejim Zionis ke atas penduduk Palestin di Gaza sejak beberapa hari lalu dengan menyasarkan kanak-kanak dan ibu-ibu sememangnya strategi peperangan terbaru Israel.

Ini diakui sendiri oleh seorang ahli Parlimen Israel yang melabelkan semua rakyat Palestin sebagai pengganas dan menyeru agar semua kaum ibu Palestin dibunuh dalam konflik Israel-Palestin ketika ini.

Menurut satu laporan laman berita, PressTV, wanita yang bernama Ayelet Shaked itu berkata seruan dibuat kerana kaum ibu rakyat Palestin dikatakan telah melahirkan ‘ular-ular kecil’.

“Mereka harus dibunuh dan rumah-rumah mereka harus dimusnahkan supaya mereka tidak lagi melahirkan pengganas.

“Mereka musuh kita dan darah mereka perlu melekat di tangan kita. Ibu-ibu kepada pengganas yang sudah mati juga harus dibunuh.


Beginilah sikap pemimpin Israel dan rejim Zionis yang secara terang-terangan memusuhi Islam dan mahu masyarakat Islam di Palestin dibunuh.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger