#FreePalestine RANCANGAN JAHAT YAHUDI ISRAEL BURUKKAN NAMA MALAYSIA


Malaysia tidak pernah menyediakan tempat mahupun menawarkan sebarang latihan kepada mana-mana pejuang Hamas atau kumpulan gerakan yang berjuang di negara bergolak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan, bukan sahaja latihan, kerajaan juga tidak pernah membenarkan sebarang unsur pusat latihan seumpama itu diwujudkan di negara ini.

"Mustahil ada latihan seumpama itu di negara ini, komen pejuang berkenaan itu tidak benar malah tidak wujud sama sekali di negara ini.

"Tidak kira apa jenis perjuangan termasuk dikategori perjuangan baik untuk melawan Israel, kita tidak pernah membenarkan atau memberikan kelulusan untuk latihan sebegini," katanya lagi.

Wan Junaidi diminta mengulas laporan Jerusalem Post mengenai pendedahan seorang pejuang Hamas yang ditahan Israel berkata, dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa.

Pejuang itu memberitahu para penyiasat bahawa latihan yang diterimanya adalah sebahagian daripada persiapan Hamas untuk menentang Israel di Semenanjung Gaza.

Tambah Wan Junaidi, mana-mana pejuang yang dikatakan mahu mengambil latihan perang boleh ke negara lain yang menawarkan 'kursus' berkenaan selain Malaysia.

"Sudah saya tegaskan, kita tidak adakan latihan perang untuk pejuang seumpama ini. Mereka yang mahu dan berminat boleh berlatih di negara lain," ujarnya.

Pejuang itu dikatakan menyertai Hamas pada tahun 2007 dan menjadi ahli sayap ketenteraannya yang bernama Briged al-Qassam.

Dia dilaporkan ke Malaysia pada 2012, di mana dia dan sembilan anggota Hamas lain menjalani latihan menerbangkan payung terjun berkuasa.

Sementara itu, Pergerakan Hamas juga menafikan tuduhan Agensi Keselamatan Israel, Shin Bet bahawa Malaysia melatih anggotanya untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

Inilah satu lagi rancangan jahat Yahudi untuk memburukkan nama Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang menyokong penuh perjuangan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
July 31, 2014 at 9:42 PM

Semua tu auta Yahudi mengadakan cerita untuk burukan Malaysia. GO TO HELL ISRAEL.

July 31, 2014 at 10:28 PM

Mesti kes Malaysia boleh dapat balik kotak hitam ni.

July 31, 2014 at 11:53 PM

Bagus juga kalau Israel kata camtu, sekurang2nya depa tau Malaysia bukannya mcm Arab Saudi yg berpeluk tubuh tengok negara Islam kena hantam

Anonymous
August 1, 2014 at 12:16 AM

CEO-CEO ASTRO/McDonald ZIONIS kat Malaysia ni patut diTANGKAP, di SAMAN BERBILLION dan diTUTUP kat NEGARA ISLAM ni - kerana Israel sudah jelas adalah NEGARA PENGGANAS MUSUH ISLAM plg. DAJAL; apalagi mengikut undg-undg PERLEMBAGAAN kita, Islam/umatnya mesti dilindungi/dipertahankan!
HAMAS adalah pejuang pembebasan Palestin (RESISTANCE FIGHTERS) - yg. menentang PENJAJAHAN amat kejam PENGGANAS Israel-ZIONIS; yg. boleh sewenangnya membunuh/mengebom umat Islam termasuk bayi-kanak-kanak, ibu mengandung-kaum ibu, di merata tempat (berselindung bawah US-Barat/NATO) termasuk mahu menggunakan BOM NUKLEAR ke atas BUMIPUTERA Islam Palestin (lihat di - http://www.presstv.ir/detail/2014/07/29/373194/childkilling-sociopaths-of-israel/ , Child-killing sociopaths of Israel, By Dr. Kevin Barrett, Jul 29, 2014)! Maka, patut dibenarkan ditubuhkan pejabat HAMAS-PLO serta KEDUTAAN Palestin kat sini!

Dan patutnya K'jaan NEGARA ISLAM ni BANTAH (tak dengaq apa-apa bantahan pun setakat ini) dan TUTUP terus Kedutaan Jerman kerana bersubahat dgn. negara PENGGANAS Israel, maka Jerman adalah sangat bahaya kerana ia penyokong paling kuat ZIONIS-Israel bersama US/UK - lihat di http://www.presstv.ir/detail/2014/02/22/351741/germany-offers-to-represent-israel/, Germany offers to represent Israel in some Muslim countries, Feb 22, 2014!

Jadi K'jaan NEGARA ISLAM ni tak payahlah nak asyik APOLOGETIK/TUNDUK mcm. PENAKUT-nak-MAMPOS kat si KAPIRDAJAL MUSUH ISLAM!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous
August 1, 2014 at 7:53 AM

Kenapa Anwar Ibrahim tak bersuara eh??

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger