TONY PUA: DAP TIDAK RASIS SEBALIKNYA PAS YANG RASIS LAGI EKSTREM


Setiausaha DAP Pusat, Tony Pua dalam satu kenyataan media pada hari ini, 30 Julai, menjelaskan DAP tidak kisah atau menghiraukan kehendak pemimpin dan ahli PAS sama ada untuk terus berada dalam Pakatan Rakyat atau keluar dari Pakatan Rakyat. 

Itu adalah kehendak PAS dan DAP tidak sesekali akan menghalang malah akan menghormatinya.

Tetapi, apa yang dipertikaikan DAP ialah kandungan analisis Dr Mohd Zuhdi itu di mana apa yang akan terjadi selepas PAS keluar daripada Pakatan Pembangkang.

"DAP, gereja dan non-Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini.”

Tony Pua menganggap kandungan analisis itu sebagai rasis. Sekaligus PAS dilabel lebih rasis berbanding DAP hanya bersandarkan kepada kenyataan itu.

Malah, DAP sangat marah dengan kenyataan Dr Mohd Zuhdi di mana hak rakyat Malaysia yang bukan Islam dan bukan Melayu dijentik dan disergah. Kenyataan ini sangat melampau dan seolah-olah kewujudan DAP dalam Pakatan Rakyat selama ini tidak dihargai.


Dr Mohd Zuhdi berpendapat bahawa antara faedah penceraian adalah ia dapat “kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam”.

Sememangnya DAP sangat takut kepada kekuasaan politik Melayu biarpun mereka kini menguasai ekonomi negara. Lihat saja bagaimana mereka menentang hukum hudud yang dibawa PAS biarpun pelaksanaannya tidak membabitkan orang bukan Islam.

Dan, dengan keluarnya PAS daripada Pakatan Rakyat dan "bermesra" dengan UMNO pastinya mampu mengembalikan kegemilangan politik Melayu seperti mana suatau ketika sebelum PAS 'berkahwin' dengan DAP dan PKR.

Ini kerana sepanjang berada dalam Pakatan Rakyat, PAS seolah-olah disisihkan sebaliknya hanya Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sahaja yang suaranya dianggap keramat.

Lihat saja sekarang ini yang mana dalam isu pertukaran Menteri Besar Selangor kedua-dua pemimpin PKR dan DAP itu langsung tidak memperdulikan pandangan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Atas sebab itu, kandungan analisis Dr Muhd Zuhdi itu dianggap sebagai rasis dan ekstremis.

Berikutan itu, DAP dengan tegas meminta PAS dan Dr Muhd Zuhdi meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia ke atas pendapatnya itu.

Share this article :
 

+ comments + 3 comments

July 30, 2014 at 9:45 PM

PAS pulak yg kene minta maaf.

Anonymous
July 30, 2014 at 11:12 PM

biar dikata rasis atau apa jua gelaran yg dap nak berikan jangan ambil pusing sangat, yg pasti dalam sanubari mereka telah terpahat satu azam untuk menghalau melayu kehutan jika berjaya memerintah seperti kata pemimpin mereka. ITU YG SEMUA ORANG MELAYU PATUT FIKIRKAN SEKARANG.semakin kita sering bercakaran antara kita maka semakin cepatlah mereka dapat menhgalau kita semua kehutan.

Anonymous
August 2, 2014 at 8:31 PM

Dah nampak permainan pkr n Dap,dulu aku percaya dgn geng2 nie, semoga Allah membantu perjuangan Islam,pengkhianat plak bertaubatlah
...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger