DAP TARIK GOLONGAN MUDA, KENAPA TIDAK UMNO?


Selepas insiden Dyana Sofeya mencetuskan fenomena Melayu dalam parti DAP, kini muncul seorang lagi wanita Melayu Syefura Othman, 25 yang menyertai DAP dengan alasan DAP sebuah parti yang ‘cool’ dan bersifat terbuka hingga menyebabkan dia tertarik bersama parti itu.

Berbeza dengan UMNO dan PAS serta PKR, DAP dilihat platform terbaik bagi pemimpin muda untuk mengembangkan karier politik mereka untuk pergi lebih jauh biarpun bukan dalam kerajaan.

Malah, Syefura menjelaskan dia sesekali tidak menyesal membuat keputusan berkenaan walaupun menerima banyak pandangan negatif daripada pelbagai pihak.

“Saya seronok bersama DAP sebab mereka adalah satu parti yang ‘cool’. Malah, pemimpinnya juga lebih bersifat terbuka dan memberi ruang kepada anak muda terutama wanita untuk terlibat dalam politik.

“Bagi saya, mereka yang menuduh saya sebagai pengkhianat bangsa disebabkan masuk DAP, takut dengan bayang-bayang sendiri,” katanya.

Malah katanya, pandangan serong tentang penglibatannya itu sebenarnya lebih menarik minat kepada lebih ramai anak muda mengikut jejak langkahnya menyertai DAP.

Syefura berkata, ramai rakan-rakannya kini juga mula bertanya tentang DAP sejak penglibatannya bersama parti itu.

“Saya sebenarnya membuka jalan kepada anak muda lain. Bila orang tengok saya ok bersama DAP, walaupun menerima banyak pandangan serong, ia lama kelamaan dapat mengubah persepsi mereka terhadap DAP, " katanya.


Jika DAP sudah melangkah ke arah itu terhadap belia Melayu, apakah pula tindakan Pemuda dan Puteri UMNO dalam menarik golongan pemimpin Melayu muda untuk menyertai mereka? 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
July 17, 2014 at 11:34 PM

DAP bukan menarik golongan muda..mereka cuma menarik org2 melayu utk menarik pengundi melayu.klu ade pakcik dan makcik nak join pun lg bagus..itu kan strategi namanye.

Anonymous
July 31, 2014 at 6:53 AM

Betul. Melayu yg menyokong tu jenis lembu dan kaldai. Ditunggang oleh babi politik yg bijak ambil kesempatan. Bodohnya Melayu jenis ini patutlah jadi spesis kaldai.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger