DAP LANCAR PERANG KE ATAS PAS DAN PKR DENGAN ANCAM TARIK DIRI PAKATAN PEMBANGKANG




Apakah benar DAP akan mengotakan janjinya untuk keluar daripada Pakatan Pembangkang jika hukum hudud dilaksanakan?

Satu lagi kemelut politik menggegarkan Sarawak yakni Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri semalam mengancam untuk menarik diri daripada Pakatan Pembangkang Sarawak jika Parti Islam SeMalaysia (PAS) gagal menetapkan pendirian mengenai pelaksanaan hukum hudud di negeri Sarawak.

DAP dalam pada itu juga memutuskan tidak terlibat atau menyertai semua aktiviti dianjurkan PR dan PAS berkuat kuasa serta-merta sehingga dua syarat ditetapkan mereka dipenuhi oleh PAS.

Dua syarat tersebut ialah PAS Malaysia kembali kepada dasar-dasar bersama manifesto Pakatan Pembangkang dalam Pilihan Raya Umum lalu dan PAS tidak akan meneruskan niat untuk melaksanakan hukum hudud di Sarawak.

Chong Chieng Jen yang juga Pengerusi DAP Sarawak menegaskan bahawa DAP tidak berkompromi mengenai isu keagamaan walaupun harus ke meja rundingan bercakap tentang pembahagian kerusi pada pilihan raya akan datang sehingga kedua-dua syarat itu dipenuhi.

Katanya DAP Pusat di Semenanjung Malaysia tidak akan campur tangan dalam DAP Sarawak, bagaimanapun mereka (DAP Sarawak) akan memaklumkan resolusi mesyuarat semalam kepada DAP Pusat.

Chong berkata, mereka membiarkan kepimpinan pusat membicara perbezaan agama dengan PAS namun jika isu perbezaan agama tidak dapat diselesaikan mereka membuat keputusan keluar daripada PR.

Di sebalik itu, DAP Sarawak juga kecewa dengan PKR Sarawak yang sehingga kini masih gagal menyatakan pendirian sebaliknya hanya berdiam diri terhadap isu pelaksanaan hukum hudud.

“Ketika PAS ingin meneruskan niat melaksanakan hukum hudud, PKR berdiam diri tanpa membuat sebarang pendirian,” ujarnya sambil menambah bahawa PAS Kelantan telah bertemu dengan Jabatan Perdana Menteri berhubung pelaksanaan hukum hudud di negeri itu pada Khamis lalu.

“DAP Sarawak membuat resolusi bahawa pelaksanaan hukum hudud bertentangan dengan manifesto bersama Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum lalu, Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian dalam pembentukan Persekutuan Malaysia.

“DAP Sarawak kecewa dengan tindakan PKR yang berdiam diri dan selagi permintaan dan syarat DAP Sarawak tidak dipenuhi, kita menarik diri daripada Pakatan Rakyat dan tidak akan terlibat atau menyertai semua aktiviti yang dianjurkan oleh Pakatan Pembangkang dan PAS,” katanya.


Insiden terbaru itu menggambarkan bahawa DAP cuba untuk menggertak PAS dan PKR dalam usaha menidakkan pelaksanaan hukum hudud yang merupakan sebahagian daripada hukum Islam.
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
July 21, 2014 at 5:46 PM

Tahaluf siyasi kepala hotak pas

Anonymous
July 21, 2014 at 7:12 PM

DAP belakon drama nak sokongan org kristian srawak je tu ha ha h a kan ke parti suka berlakon ,lepas ni kan PAS akan declare tak sokong Hudud di Srawak, PKR pulak cam biasa la panggil dua pas dan dap pelok2 dlm paper , dah hafal skrip dorang ni, kalau di semenanjung lainp pulak pas akan berlakon, nik aziz,hadi awang mati2 kata nak buat hudud ,tentang UMNO BN pasal hudud tp sebenarnya pasal undi dan gaji sebagai wakil rakyat, ha h aha skrip lama bro

Anonymous
July 21, 2014 at 9:20 PM

Ini diSarawak sahaja. Semua sendiwara yang dirancang olih ketua DAP diP.Pinang.

July 23, 2014 at 3:34 PM

PAS semakin jauh,jauh dari agama,walaupun semakin yakin dpt memerintah.hudud hanya mainan politik utk menipu rakyat supaya menyokong mereka.agama mainan politik.sebenarnya mereka langsung tidak takut ALLAH yg Maha Melihat perbuatan mereka.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger