DAP BERI KATA DUA KEPADA PAS


Seolah-olah DAP yang berkuasa dalam Pakatan Rakyat, hari ini DAP telah memberikan kata dua kepada PAS sama ada untuk terus bersama Pakatan Rakyat atau keluar secara terhormat.

Menurut Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, sokongan PAS untuk mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor akan menyebabkan parti itu dilenyapkan sepenuhnya dari negeri itu.

"Sekiranya PKR dan DAP mahu Abdul Khalid digantikan tetapi PAS inginkan Abdul Khalid mengekalkan jawatannya, exco kerajaan negeri tidak akan berfungsi lagi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbahagi dua tanpa majoriti yang jelas.

"Dalam situasi sebegini, Abdul Khalid mungkin akan mendapat kebenaran daripada Sultan Selangor untuk mengadakan pilihan raya mengejut.

Inilah yang amat ditakuti Pakatan Rakyat dan sekiranya ini berlaku maka peluang untuk Pakatan Rakyat memerintah Selangor pasti akan terkubur.

Dan, adalah tidak mustahil Selangor akan dikembalikan kepada BN yang kini hanya menunggu saat dan ketikanya untuk memerintah dengan melihat situasi yang berlaku ke atas Pakatan Rakyat.

Tony Pua mengaku bahawa Pakatan Rakyat mengalami kekurangan keyakinan yang besar ekoran krisis Menteri Besar Selangor ini, desakan PAS untuk menyokong Abdul Khalid akan mendorong kepada pilihan raya mengejut.

Tony Pua turut berkata, ini kemungkinan besar hanya akan mengembalikan semula Selangor kepada UMNO.

"Kemenangan besar akan menjadi milik UMNO apabila dapat mengembalikan semula 30 kerusi dalam DUN sekiranya pilihan raya diadakan," katanya.

Ekoran 'Langkah Kajang', PKR telah mencadangkan Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon untuk menggantikan Abdul Khalid.

Namun, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas presiden PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kemudiannya berkata Abdul Khalid harus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

July 31, 2014 at 8:41 PM

reverse psychology supaya BN selesa.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger