DAHULU KAWAN SEKARANG MAIN HENTAM BELAKANG


Isu Menteri Besar Selangor ini telah mencerminkan dan membuka pekung di dada, siapa kawan dan siapa lawan sebenar biarpun dalam satu parti politik.

Peguam kontroversi lagi tidak sedarkan diri, Latheefa Koya yang merupakan Ketua Biro Hal Ehwal guaman PKR, sekarang ini dilihat kerap menghentam Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim di dalam Facebook dan Twitter milik beliau. 

Kenyataan lebih ke arah berbentuk sindiran turut dikeluarkan kepada mereka yang secara terbuka yang menyokong kepimpinan Khalid Ibrahim.

Bagi pemimpin dan ahli PKR, mungkin mereka tahu perangai peguam terhebat PKR itu, tetapi mereka yang di luar PKR pastinya baharu mengetahui perangani Latheefa Koya itu menerusi blog ini.

Cadangan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang mencalonkan Presiden PKR, Wan Azizah sebagai calon baharu Menteri Besar Selangor telah mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada pemimpin Pusat PKR termasuk Latheefa Koya.

Semua ini demi menjaga survival politik mereka dalam PKR sekiranya masih berminat untuk bersama dengan PKR. Jika tidak, nasib yang sama akan terjadi seperti mana yang dilakukan mereka ke atas Khalid Ibrahim.

Langkah Kajang yang dicanang Anwar Ibrahim semasa PRK Kajang bertujuan menukar Menteri Besar Selangor yang ada sekarang. 

Cumanya ketika itu, calon yang cuba diketengahkan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor ialah dirinya sendiri sehinggalah beliau disabitkan kesalahan dan tidak dibenarkan bertanding dalam PRK Kajang.

Latheefa Koya merupakan antara kepimpinan PKR yang dilihat kuat menyokong Langkah Kajang ini.

Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh beliau di laman Facebook dan Twitter boleh dikatakan agak angkuh dan bongkak apabila menyindir secara sinis rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat yang tidak sependapat dengan beliau dalam soal penggantian Menteri Besar Selangor baru-baru ini terutama daripada PAS.

Latheefa Koya kerap berkongsi tweet pengguna twitter dengan nama akaun @lawyers4liberty yang banyak mengeluarkan tweet seolah-olah memperbodohkan rakan kongsi Pakatan Rakyat iaitu PAS.

Terbaru, Latheefa secara sinikal menulis tweet yang menyindir kepimpinan tertinggi PAS selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. 

Dalam tweetnya beliau menulis;
"@LatheefaKoya: kalau nak suruh follow kapten wahai tok guru - kapten ialah @anwaribrahim"
Beberapa tweet lain yang tertera di akaun twitter milik beliau juga cuba memperlihatkan PAS tidak lagi relevan dalam Pakatan Rakyat kerana beberapa kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS adalah mirip UMNO. 

Antara tweet yang tertera seperti yang dikongasi Latheefa Koya ;
"@lawyers4liberty: bagi PAS, UMNO ni bagaikan kekasih lama yang tak boleh dilupai walaupun ditipu berkali2."

"@lawyers4liberty: Kalau PAS/ ADUN Sgor nak jatuhkan Sgor & kembali ke UMNO - silakan. Lebih baik rakyat tau sekarang sebelum PRU akan datang."

PAS turut diperlekehkan seolah-olah tidak menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor sedangkan parti itu memenangi kerusi yang sama banyak dengan DAP, sebaliknya PKR yang memenangi kerusi paling sedikit cuba mencatur kepimpinan negeri Selangor.

Untuk rekod, Latheefa Koya pernah menjadi Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya selepas PRU-12 tetapi telah meletak jawatan pada 2012, beliau sebelum itu dikatakan akan disingkirkan dari jawatan berkenaan apabila timbul beberapa isu antaranya seperti yang pernah ditulis oleh Raja Petra Kamaruddin tentang bagaimana Latheefa menggunakan kedudukan sebagai Ahli Majlis MBSJ untuk memperkayakan firma guaman Daim & Gamany, milik bekas Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah. 

Inilah peguam peliharaan Anwar Ibrahim yang rupanya sangat kemaruk dengan kuasa.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

July 31, 2014 at 12:12 AM

Mulut dh koyak, mana boleh ditutup.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger