CHEGUBARD: KENAPA JPP PKR LAMBAT SELESAIKAN ISU RASUAH AZMIN ALI?


Biarpun ketika ini keahliannya digantung ekoran keceloparan mulutnya berhubung isu rasuah semasa Pemilihan PKR 2014, beliau tetap mahukan ‘keadilan’ seperti mana nama parti yang disertainya itu.

Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin menggesa Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) mendedahkan hasil siasatan kes rasuah membabitkan jawatan calon Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Disebabkan terlalu lama tiada sebarang berita mengenai siasatan mengenai dakwaan Azmin Ali terlibat dalam rasuah semasa Pemilihan PKR 2014 bagi jawatan Timbalan Presiden PKR, Badrul Hisham atau lebih dikenali dengan panggilan Chegubard menyerahkan memorandum ke pejabat PKR hari ini, ingin tahu status siasatan bersabit aduannya ke atas Azmin memandangkan ia sudah banyak kali dibuat namun tidak ada sebarang maklumat diterima berkenaan aduan itu.

"Pada 5 Jun, saya telah menghantar satu aduan, mendesak siasatan dan penjelasan segera mengenai cubaan merasuah JPP yang tersebar.

"Tarikh tersebut ialah tarikh setelah dua minggu tersebarnya berita mengenai Pengerusi Panel Bantahan JPP membaling wang dalam Mesyuarat Biro Politik kerana menurut maklumat yang tersebar, wang tersebut adalah wang yang cuba disogok oleh seorang calon Timbalan Presiden," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Menurut Chegubard, maklumat dan perkembangan siasatan kes tersebut yang didakwa dijalankan oleh pihak JPP terkubur begitu sahaja.

Chegubard sebelum ini mendakwa Abdul Malek menolak rasuah yang diberi calon Naib Presiden, Dr Xavier Jayakumar dan 'bosnya'.

Menurut Chegubard, berdasarkan khabar angin, 'bos' yang dimaksudkan itu berkemungkinan  Azmin yang hampir pasti mempertahankan kerusi jawatan kedua tertinggi parti pada pemilihan kali ini.

Di manakah ketelusan JPP PKR dalam menyelesaikan permasalahan yang membabitkan rasuah pemimpin PKR? Apakah disebabkan terlibatnya pemimpin tertinggi PKR maka segala macam dakwaan dan pertuduhan itu dibiarkan sahaja?


Inilah demokrasi dalam PKR...
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger