BUKAN MUDAH WAN AZIZAH NAK JADI MENTERI BESAR SELANGOR


Walaupun Mesyuarat Pakatan Pembangkang bersetuju untuk melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid Ibrahim, namun ia bukan mudah dan memerlukan banyak prosedur iaitu Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Kini, hanya Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor sahaja yang menghalang Wan Azizah menjadi Menteri Besar biarpun pelantikan beliau diterima suaminya Anwar Ibrahim dan rakan parti Pakatan Pembangkang.

Menurut Pensyarah Undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz berkata, dari sudut Undang-undang Tubuh untuk melantik menteri besar perlukan perkenan Sultan dan majoriti ahli DUN.

“Sekiranya majoriti DUN tolak, namun Abdul Khalid tegas pertahankan kerusinya beliau perlu memujuk Tuanku untuk kekalkan kedudukannya.

“Semua ini bergantung kepada nisbah sokongan PAS, PKR, DAP dan BN untuk tentukan majoriti,” katanya.

Sementara itu, Khalid bertegas beliau akan terus menjawat jawatan Menteri Besar Selangor sehingga habis penggal perkhidmatannya pada tahun 2018.

Katanya, itu merupakan janji yang dimeterai bersama rakyat Selangor dan tidak akan lari dari amanah dipikul.


Sekiranya selepas itu Anwar mahu isterinya Wan Azizah hendak menjadi Menteri Besar Selangor atau dirinya sendiri, terpulangnya. Jangan khianati rakyat Selangor yang sehingga kini terus menyokong pentadbiran Selangor di bawah Abdul Khalid Ibrahim.
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
July 23, 2014 at 12:16 PM

Mintak Bang Non buat negeri sendiri, bubuh bini sbg MB, anak-anak sbg exco dan dia boleh jadi raja - raja lawak..

July 23, 2014 at 12:35 PM

contoh manusia yg gilakan kuasa.. tak tau nak kata apa dah.. laki bini sama ja..

Anonymous
July 23, 2014 at 2:06 PM

Bkn gila kuasa tp mmg dia sndiri da gila

Anonymous
July 23, 2014 at 2:07 PM

ini berita gembira bg Juborians!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger