BUFET RAMADAN SEDIAKAN ARAK KEPADA PENGUNJUNG


Berselindung di sebalik istilah perkataan Melayu, sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng di sini dikesan menawarkan bufet Ramadan tanpa mempunyai pengiktirafan sijil halal.

Hasil serbuan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mendapati premis itu turut menjual arak.

Difahamkan, restoran yang menyediakan bufet Ramadan pada harga RM75 untuk dewasa dan RM35 (kanak-kanak) itu aktif menjual arak pada waktu malam.

Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Muhammad Khalid Osman berkata, restoran berkenaan didapati gagal mempamerkan sijil halal dan tidak mendapat kebenaran daripada Jakim untuk mengadakan promosi bufet Ramadan.

“Kita telah rampas kain rentang yang memaparkan iklan bufet Ramadan dan sekotak minuman keras sebagai bahan bukti.  Buat masa ini, operasi restoran berjalan seperti biasa tetapi tidak dibenarkan mengadakan promosi bufet Ramadan sehingga siasatan lengkap dijalankan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Menurutnya, restoran tersebut  akan disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 selain pemantauan berterusan dilakukan jika masih menerima aduan menawarkan bufet Ramadan.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya memilih premis sama ada restoran atau hotel yang mempunyai sijil halal diperakui Jakim sahaja.

Operasi pertama Ops Bufet Ramadan yang bermula pada jam 11 pagi itu membabitkan 13 orang anggota dan akan diteruskan sepanjang Ramadan, fokus kepada restoran dan hotel sekitar Kuala Lumpur.

Katanya, pihaknya berharap orang ramai tampil membuat aduan bagi membolehkan tindakan diambil kepada premis yang terlibat menyalahgunakan sijil halal.

“Setakat ini,  sebanyak 10 aduan diterima terhadap lebih 10 premis yang menawarkan bufet Ramadan tanpa sijil halal selain menyediakan minuman beralkohol,” katanya.


Sebelum ini, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha mengingatkan pengusaha supaya tidak menggunakan ungkapan seperti 'Bufet Ramadan', 'Makanan Berbuka Puasa', 'Iftar Ramadan' atau 'Makanan Bersahur' sewenang-wenangnya yang boleh mengelirukan pengguna Islam.

Sumber: Sinar Harian Online
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 8, 2014 at 5:59 PM

Sebenaqnya, ini strtaegi berterusan puak KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM nak MENGHINA ISLAM/umatnya, di bulan Puasa yg. suci ini! Jadi sepatutnya MAIS juga patut ambil tindakan dan buat dakwaan di bawah enakmen Jenayah SYARIAH! Dah tiba masanya AKTA baru digubal untuk memperkukuhkan dlm. undg-undg SYARIAH/PERELEMBAGAAN utk. MENDAKWA Bukan Islam yg. makin MENGHINA/MENGGERTAK ISLAM/umatnya! Lagipun Malaysia ini NEGARA ISLAM - dan jgnlah ia hanya pd. nama sahaja!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera (BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples).

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger