BLOGGER UGUT MUKHRIZ MAHATHIR DITAHAN POLIS


Akhirnya usaha polis memburu suspek yang melakukan ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah melalui laman facebook menggunakan akaun 'Padi Jantn' telah berjaya ditahan.

Sebelum ini polis dalam satu kenyataannya menyatakan mereka telah mengenal pasti identiti sebenar suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, identiti sebenar suspek yang juga penduduk tempatan sudah dikenal pasti.

Seorang pemilik akaun facebook 'Padi Jantn' menulis satu petikan berbaur ugutan yang berbentuk ancaman bunuh terhadap dua individu itu di laman Facebook miliknya.

Petikan itu berbunyi, "jika ada sesiapa yang sanggup bagi aku pistol dan peluru nescaya aku akan tembak mampos dua makhluk ini dulu sebelum tembak Sonny Ho".

Mohd Nashir berkata, susulan insiden itu lebih 20 laporan polis dibuat pelbagai pihak menggesa supaya tindakan tegas diambil terhadap individu terbabit.

Bagaimanapun, suspek yang dikehendaki polis itu telah ditahan polis di sekitar Lembah Klang 5.45 petang semalam.

Blogger berusia 37 tahun itu sebelum ini dikesan membuat ugutan bunuh itu melalui laman Facebook menggunakan akaun 'Padi Jantn'.


Begitulah padahnya apabila menyalahgunakan media sosial dengan membuat ugutan bunuh yang semestinya satu perbuatan jenayah.
Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
July 14, 2014 at 8:37 AM

Padan moka kau....

July 14, 2014 at 9:47 AM

AG kata tiada kes.........

July 14, 2014 at 10:50 AM

salam;
terimalah padah andainya menulis sesuka hati jer

Anonymous
July 14, 2014 at 1:35 PM

Mamat ti tengah terkencing2 kat dalam tu....bang non tak nak ke pi jengok sat??? Kalau iya pun anggap lah practise nak masuk ke Bamboo Resort tak lama lagi ni......

Anonymous
July 14, 2014 at 1:39 PM

AnaQarbana, betul tu - tengoklah nanti! Tengoklah ATLM pun tak dibenarkan menembak penceroboh - apa hal ni?! Patutlah bermacam puak PENGGANAS DAPBANGKAI/PKRSODOM BERMAHARAJALELA; sampai boleh tubuhkan pertubuhan "Negara-Ku"!

Si PENGGANAS LESBI/SODOM-Ambangkai-ejen Barat-ZIONIS ni sebenaqnya nak MENGHINA pula falsafah/lagu NEGARA ISLAM kita, "NEGARA KU"?! Patutnya NGO-NGO Islam/Melayu buat lapuran polis kerana penubuhan kumpulan 'Negara-ku' ini bertujuan MENGHINA ISLAM/umatnya termasuk KESULTANAN ISLAM/Melayu kita seperti yg. termaktub dlm. falsafah/lagu "NEGARA KU" kita yg. berasakan undg/undg PERLEMBAGAAN kita!

Makcik Sambal Belacan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger