ATAS CADANGAN ANWAR PKR MENAMAKAN WAN AZIZAH BAKAL MENTERI BESAR SELANGOR YANG BAHARU


Keputusan Majlis Pimpinan Pusat PKR menamakan Presiden PKR yang juga ADUN Kajang merangkap isteri kepada Anwar Ibrahim sebagai bakal Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid Ibrahim bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.

"Selepas mendapatkan konsensus daripada pemimpin semua peringkat di Selangor...kita putuskan hanya satu nama yang akan dicadangkan kepada Majlis Presiden Pakatan Pembangkang.

"Nama itu ialah Presiden sendiri iaitu Datuk Seri Wan Azizah," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR.

Siapa yang berani mengingkari arahan Anwar? Azmin Ali yang disebut-sebut sebagai calon pengganti Abdul Khalid Ibrahim yang sesuai juga tidak berani bersuara demi menjaga hati bosnya biarpun beliau dalam hati teringin menjadi Menteri Besar Selangor.

Malah, siapa di kalangan ahli dan pemimpin PKR yang berani menolak cadangan Anwar yang juga Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang. Jika ada yang melawan atau mengingkari arahan maka jangka hayat politiknya tidak akal lama seperti mana yang berlaku ke atas Abdul Khalid Ibrahim.

Begitupun pemilihan nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu juga masih belum muktamad kerana perlu melepasi suara-suara pemimpin PAS dan DAP.

Melihat kepada percaturan itu, DAP tidak mempunyai masalah menyokong Wan Azizah tetapi sukar untuk melepaskan PAS kerana PAS sebelum ini juga berminat untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Alasannya PAS memenangi banyak kerusi DUN dan sudah tibanya masanya PAS memerintah Selangor.

Difahamkan PAS tidak bersetuju dengan cadangan awal melantik calon wanita sebagai Menteri Besar Selangor disebabkan pelbagai halangan yang boleh menyekat tugas atas faktor semulajadi wanita.

Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
July 22, 2014 at 8:19 AM

Supaya org melayu x melupakan suami dia yg bakal masuk penjara...

Malang la org slgor....dpt bini kaki liwat... yg x tau buat kerja...

Tapi apa yg nak dikata.... rakyat bodo berhak dpt pemimpin bodo....

Anonymous
July 22, 2014 at 8:23 AM

Apeeeeee, dah takde anak jati SELANGOR lagi ke yang layak untuk memimpin SELANGOR , pergi lah kacau pulau pinang ,yang pelaburan nya makin kurang ,suruh wan azizah jadi MB pp, Menteri besar melayu kau berani kacau, harap harap rakyat SELANGOR buka mata sikit ,dan harap harap sultan hanya perkenankan ANAK JATI SELANGOR saja yang layak untuk pimpin SELANGOR

July 22, 2014 at 8:24 AM

macam dah tak ada lelaki yg layak jadi pemimpin negeri. bukanlah maksudnya perempuan tidak boleh jadi pemimpin, namun menjadikan perempuan sebagai pemimpin tertinggi negeri mengatasi lelaki2 yang ada seolah menunggu Allah turunkan bala. lihat contoh terbaik apa berlaku di negara2 Islam yang menjadikan perempuan sebagai ketua utama. bangladesh, pakistan contohnya. aman makmurkah negara2 tersebut? walaupun ketua telah bertukar, kesan kerosakan tetap berlaku berpanjangan. sementelah lagi, wan azizah bukanlah anak negari selangor, patik berharap sangat agar tuanku sultan tidak akan memberi perkenan kepada wan azizah sebagai mb selangor yang baru. tuanku sultan, sebagai ketua agama Islam negari selangor faham apa implikasi melantik perempuan menjadi ketua kerajaan negari, sedangkan ramai lagi lelaki bijak yang mampu menjalankan amanah tersebut. lupakan anwar punya agenda peribadi, takkan kemana akhirnya, selain ke sungai buluh.

Anonymous
July 22, 2014 at 8:51 AM

kalu tak suka khalid ibrahim sekali pun, ambillah pemimpin lelaki lain yang sekurang-kurangnya anak jati selangor. tak payah lah anak jati selain selangor sibuk2 nak mentadbir selangor. harap sultan selangor memandang berat perkara ini.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger