ANWAR IBRAHIM TETAP MAHU WAN AZIZAH JADI MENTERI BESAR SELANGOR


Bukan Azmin Ali tetapi Wan Azizah. Sebab itu, Anwar Ibrahim menggantikan dirinya kepada Wan Azizah untuk bertanding di PRK Kajang dan kini sudah menjadi ADUN Kajang. Inilah sebabnya kerana Anwar tahu suatu hari Khalid Ibrahim akan terperangkap dengan mainan politiknya.

Isyarat peralihan kuasa yang dilancarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menamakan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bakal menggantikan posisi jawatan nombor satu Selangor menggambarkan sekali lagi Presiden PKR itu dibonekakan suaminya.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, posisi Menteri Besar Selangor sememangnya idaman Anwar, namun beliau tidak layak.

Menurutnya, disebabkan hanya Wan Azizah yang dipercayainya, beliau memutuskan untuk menempatkan isterinya di kedudukan berkenaan.

“Dari segi meritnya, Wan Azizah layak untuk pegang jawatan menteri besar kerana beliau juga Presiden PKR. Namun, umum maklum Anwar akan berperanan sebagai tangan ghaib yang akan mengemudi pemerintahan Selangor kelak.

“Kita tahu Wan Azizah masuk politik atas dasar perjuangan suaminya, bukan kerana kecenderungan sendiri. Beliau tidak ada pengalaman dalam pentadbiran negeri malah sebagai Presiden PKR juga tenggelam oleh bayangan Anwar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, sekiranya penggantian kerusi menteri besar ini direalisasikan seperti hasrat Anwar, pastinya rakyat akan dapat melihat nanti keputusan yang dibuat Wan Azizah bukanlah pilihannya, tetapi suaminya.

“Sepatutnya Anwar jadi menteri besar seperti objektif Langkah Kajang, bila tak boleh dia letak Wan Azizah. Kelak semua keputusan pentadbiran negeri yang diputuskan Wan Azizah dipengaruhi Anwar. Macam dalam PKR juga Wan Azizah Presiden PKR tetapi Anwar yang bercakap.

“Bukan maksud saya rakyat tidak suka kepada Wan Azizah, tetapi beliau tidak ada pengalaman dalam pentadbiran malah tidak pernah berfungsi secara berkesan selaku presiden parti kerana tangan ghaib Anwar di belakangnya,” katanya.

Sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertegas enggan tunduk dengan desakan Anwar dan Timbalan Presiden, Azmin Ali supaya berundur dengan mengisytiharkan akan terus menjadi menteri besar sehingga tamat penggal pentadbiran 2018.

Pendirian Abdul Khalid mendapat tentangan daripada Anwar dengan bertindak balas memanggil mesyuarat melibatkan ketua cabang dan wakil rakyat PKR Selangor dengan mesej Abdul Khalid tetap akan diganti.


Beliau kemudian menamakan isterinya, Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Share this article :
 

+ comments + 8 comments

Anonymous
July 21, 2014 at 3:25 PM

ADA UDANG DI SEBALIK MEE SEGERA !!!!

Anonymous
July 21, 2014 at 3:55 PM

Menurut laporan akhbar (lupa nama) Khalid dibenci sebab: beliau terlampau kedekut/stingy.Beliau duduk atas simpanan RM3 billion.Tetapi Khalid tetap tak mau bantu partinya sebab wang tu milik rakyat bukan parti.Khalid juga dikatakan menolak permintaan Anwar Ibrahim utk menandatangani cek bernilai RM10 juta utk membantu menjelaskan tunggakan sewa ibupejabat PKR di Tropicana.Dan Khalid juga dituduh tidak membantu calon2 parti semasa PRU lepas,beliau tak beri duit lah.Dan banyak sebab lagi.Maka Khalid perlu disingkirkan.PKR dah terdesak.Anwar tak layak jadi MB,maka hanya Wan Jijah jadi taruhan Anwar.Anwar tak percaya sangat dgn org lain selain bini sendiri.Maka bertambah bergolaklah PKR dan kerajaan Selangor.

Anonymous
July 21, 2014 at 5:27 PM

tak ada ke rakyat Selangor yang layak? mengapa nak kutip orang cerok tok kun yang sentiasa menjadi bahan lawak jenaka? layak kah sang isteri itu jadi MB negeri yang paling maju di Malaysia? sorang doctor yang hipokrit yang berjuang untuk family, bukan untuk rakyat. tak malukah Selangor nanti bila jawatan itu akan akhirnya dipindahkan kepada sang suami yang bekas banduan, bekas peliwat dan bekas macam macam lagi.

Anonymous
July 22, 2014 at 2:02 PM

Parti Karut Rakyat...asik2 timbulkan isu2 bodoh.lepas tu jawab gempak2 konon2 untuk kepentingan rakyat hahah org sekarang dah tak bodoh..percaya dengan penggunaan istilah "RAKYAT" untuk amek hati pengundi

Anonymous
July 22, 2014 at 2:03 PM

kalo tak bodoh bukan ahli PR

Anonymous
July 22, 2014 at 2:03 PM

ISLAM TAK AJAR WANITA SEBAGAI PEMIMPIN. DIMANAKAH PAS?

July 23, 2014 at 3:24 PM

Semua perkara haram menjadi halal bila ada PAS,termasuk menteri besar wanita.

Anonymous
July 25, 2014 at 2:42 PM

kalau tak anwar, azizah, kalau tak nurul izzah, satu sistem beraja yg baru...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger