ANWAR IBRAHIM TETAP MAHU WAN AZIZAH SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR


Biarpun desas-desus pengganti kepada Menteri Besar Selangor akan dianugerahkan kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tetapi ia ternyata belum dimuktamadkan tatkala Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mahu isterinya yang juga Presiden PKR merangkap ADUN Kajang diangkat sebagai Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim terdahulu enggan menjawab spekulasi itu sebaliknya bertegas akan menggalas tugas Menteri Besar Selangor sehingga tahun 2018.

Sebaik sahaja nama Azmin Ali dicalonkan ke jawatan Menteri Besar Selangor selepas satu pertemuan tertutup Pakatan Pembangkang, kepimpinan PAS dan PKR termasuk DAP bersetuju, tetapi tidak daripada Anwar Ibrahim.

Disebabkan itu, Anwar akan berjumpa dengan semua Ketua Cabang, ADUN dan Ahli Parlimen PKR Selangor pada Jumaat untuk membincangkan isu berkenaan.

"Anwar akan jumpa semua untuk dapatkan pandangan. Pertemuan akan dilakukan pada sebelah malam di ibu pejabat PKR.

"Perbincangan kelak untuk memutuskan siapa MB...antara Azmin atau Azizah. Ada kumpulan dalam PKR yang mahu Kak Wan jadi MB...Anwar pun berkecenderungan yang sama," katanya.

Tambah sumber itu, terkini, mesyuarat yang diadakan Biro Politik Keadilan memutuskan dua perkara iaitu Abdul Khalid perlu 'turun' dan penggantinya (Azmin atau Azizah) tetap akan diputuskan sebelum hari raya.

Sebelum ini, Abdul Khalid menyatakan tidak akan bimbang apa-apa jika adanya usul undi tidak percaya daripada ADUN PR sendiri untuk 'menjatuhkannya'.

Abdul Khalid juga dikatakan akan melepaskan jawatannya selepas hari raya atau selewat-lewatnya September depan.


Ia dikatakan usaha susulan pihak tertentu yang mahu menjatuhkan Abdul Khalid selepas kegagalan strategi 'langkah Kajang'‎ sebelum ini.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger