ANWAR IBRAHIM TERSEPIT BILA NIK AZIZ PULA SOKONG KHALID IBRAHIM


Terpaksa masuk campur apabila beliau merupakan pemimpin yang banyak mempengaruhi keputusan Pakatan Pembangkang sehingga menyebabkan Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim terpaksa mengalah dan mengikuti kemahuan pemimpin ini.

Pemimpin yang dimaksudkan ialah Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap kenyataan Presiden PAS.

Abdul Hadi Awang yang bertegas mahukan Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau hairan kenapa Abdul Khalid mahu digugurkan sedangkan menteri besar Selangor itu menunjukkan prestasi yang baik sebelum ini?

"Saya membaca kenyataan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar?

“Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihan raya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi menteri besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan.

“Sudah tentu persoalan yang berlegar, adakah tiba-tiba beliau menjadi mundur dalam prestasi gerak kerjanya?," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

“Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti.

“Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai,” katanya.

Beliau juga mengingatkan pemimpin dan ahli supaya meletakkan keutamaan kepada apa yang dinyatakan oleh Abdul Hadi.

"PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan.

"Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu untuk saya jelaskan di sini. Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden.


"Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik,” katanya lagi.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 28, 2014 at 10:08 AM

AL maklumlah PKR ..Parti Keluarga anuaR !!...habis kami dari Permatang Pauh di tipunya hidup2 !! Menyesaaallll pangkah PKR

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger