ANWAR IBRAHIM BERI AMARAN KEPADA KHALID IBRAHIM JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR BUKAN MILIK PERIBADI


Berikutan kekalahan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dalam Pemilihan PKR minggu lepas, jawatan No 1 Selangor itu kini sangat diimpikan PAS.

Sebelum ini PAS menerusi Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Sulaiman yang menyebut mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor bersetuju agar Abdul Khalid ditukar kerana dianggap membawa masalah.

Dan, kekalahan Khalid Ibrahim dalam Pemilihan PKR telah melemahkan lagi kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Dalam mengulas isu ini, Anwar Ibrahim telah berpesan kepada Khalid Ibrahim bahawa kedudukan Kedudukan jawatan menteri besar bukan agenda atau milik peribadi mana-mana pihak sebaliknya ia merupakan keputusan bersama antara PKR dengan parti komponen Pakatan Pembangkang dan juga setelah mendapat perkenan Sultan Selangor.

“Saya menegaskan bahawa semua ADUN dan pimpinan parti harus menghormati peraturan dan tatasusila berkaitan isu kedudukan Menteri Besar Selangor itu,” katanya dalam satu kenyataan.


Begitu pun Khalid Ibrahim tidak akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor seperti mana yang diharapkan PAS Selangor kerana beranggapan pelantikannya itu telah mendapat sokongan Sultan Selangor.
Share this article :
 

+ comments + 7 comments

Anonymous
July 2, 2014 at 12:22 PM

Uniknya Pakatan......Tak der surat arahan atau arahan terus suruh letak jawatan macam dalam be end sampai nangis2.

Bertoleransi, berbincang, beramaran demi RAKYAT marhaen. Walau apa keputusan bukan untuk peribadi masing2. Bee end je yang kelam kabut provoke...

Anonymous
July 2, 2014 at 12:41 PM

Mentaliti anda sama ngan anwar. Anwar dulu d surh berhenti tak mahu. Last2 kena pecat. Itulah cakap tak serupa bikin

Anonymous
July 2, 2014 at 2:15 PM

Anwar cuba islamik kan dan perbaiki amano. Tapi tak berjaya. Sebab tu dia difitnah dan dipecat.

Sesape ada hati nak cuba ubah amano dari dalam.... SILA LUPAKAN.

Sesape nak tumpang makan harta rakyat SILA TERUSKAN.

Memang orang amano cakap DSA tak serupa bikin. Bagi pakatan dia cakap serupa bikin.... sehingga sanggup dipenjara.

Anonymous
July 3, 2014 at 7:56 AM

Orang Pakatan cakap serupa bikin: tak puas hati koyakkan kertas undi, baling kerusi, laki bini rebut jawatan presiden.....

Anonymous
July 3, 2014 at 1:02 PM

bila pulak anwar nak islamkan umno?

Anonymous
July 6, 2014 at 10:01 AM

Uniknya Pakatan, Bapak, Bini, Anak semua jadi pemimpin, mcm dh jadi parti komunis korea utara, parti turun temurun, cantek ha..ha..ha pui

Anonymous
July 6, 2014 at 10:12 AM

Ko fikir Parti Kencing Rakyat & Pas Pis Pus tu islamik sgt ka, jadi aku walaupun sembahyang dll tapi tak masok parti ko, kira smua tak d kira malaikat la..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger