ANWAR IBRAHIM AKUI MATLAMAT LANGKAH KAJANG IALAH MENUKAR MENTERI BESAR SELANGOR YANG BAHARU


Sebelum ini Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya bahawa Langkah Kajang @ Kajang Move yang cuba dibawa PKR semasa PRK Kajang pada bulan Mac 2014 lalu bertujuan ‘menjatuhkan’ Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Kenyataan ini turut disokong Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengatakan tiada apa yang berlaku dalam Langkah Kajang @ Kajang Move termasuklah mengenai pertukaran jawatan Menteri Besar.

Tetapi, kurang 24 jam selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mempertahankan kedudukan Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor itu diingatkan sekali lagi bahawa peralihan kerusi panas itu adalah kesinambungan daripada Langkah Kajang pada Mac lalu.

Anwar Ibrahim menegaskan pertukaran menteri besar baharu itu telah dimuktamadkan pimpinan parti itu sejak 15 Januari lalu dan Abdul Khalid telah pun dimaklumkan sebelum itu.

Ini bermakna rancangan pertukaran Menteri Besar Selangor itu telah dimulakan pada awal tahun ini lagi.

"Abdul Khalid sendiri telah dimaklumkan semenjak Mac 2014 dan Dr Wan Azizah Wan Ismail telah pun dikemukakan secara rasmi kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat minggu lalu.

Jumaat lalu, Abdul Hadi berkata, jawatan Abdul Khalid perlu kekal berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Abdul Hadi juga dilaporkan sebagai menyebut semua pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan itu walaupun wujud perbezaan pandangan.

Rabu lalu, mesyuarat Majlis Pimpinan PR memutuskan menerima cadangan PKR untuk mencalonkan Wan Azizah sebagai pengganti Abdul Khalid.

Begitupun, ramai pemerhati berpendapat Langkah Kajang @ Kajang Move itu mengalami pertukaran sedikit ekoran Anwar Ibrahim tidak dibenarkan bertanding dalam PRK DUN Kajang dan terpaksa digantikan kepada isterinya.


Jika mengikut rancangan asal, calon yang akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pastinya Anwar Ibrahim sendiri selepas kecewa tidak dapat menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia selepas PRU-13. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

July 29, 2014 at 3:53 PM

yang dikejar x dapat,yang dikendong berciciran.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger