AKHIRNYA ZAMAN KHAN BUAT LAPORAN POLIS KE ATAS P.RAMASAMY


Selain beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) membuat laporan polis ke atas keceloparan mulut Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Mohamed Zaman Khan Rahim Khan merupakan individu pertama yang membuat laporan polis terhadap atas kenyataannya yang berbaur hasutan.

Zaman Khan membuat laporan itu di Balai Polis Jalan Tun Razak pada 1.00 petang semalam dan beliau memberitahu pemberita bahawa kenyataan Ramasamy itu bersifat hasutan dan boleh mencetuskan huru-hara dalam kalangan rakyat pelbagai agama dan bangsa di negara ini.

"Kenyataan Ramasamy ini dilihat sebagai satu tindakan subversif yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara dan tidak patut dinyatakan oleh seorang wakil rakyat.

"Justeru itu, saya membuat laporan ini sebagai warganegara yang perihatin supaya polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut Akta Hasutan 1948 terhadap beliau," katanya.

Ramasamy dipetik sebuah portal berita pada Isnin lepas sebagai berkata beliau tidak gentar sekiranya peristiwa 13 Mei berulang semula.

Kenyataan Ramasamy itu juga dilihat sebagai cubaan untuk mencetuskan ketegangan kaum dengan mengapi-apikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang disifatkan sesetengah pihak sebagai meraih publisiti politik murahan.

Beliau dilaporkan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini yang memberi amaran bahawa peristiwa rusuhan kaum mungkin berulang sekiranya perpecahan antara kaum tidak dibendung.

Zaman Khan bagaimanapun berpendapat kenyataan Muhyiddin itu sama sekali tidak bermaksud menimbulkan huru-hara sebaliknya sebagai peringatan kepada semua rakyat agar terus kekal bersatu dan mempertahan keharmonian negara.


Menurutnya semua pihak perlu lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan terutama yang membabitkan isu sensitif seperti perkauman dan agama bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

July 10, 2014 at 9:59 AM

kita tgok apa lepas ni. ada tindakkan tak atau jd macam biasa..laporan tinggal laporan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger