AHLI PKR DESAK RAFIZI RAMLI TIDAK BERSELINDUNG DALAM LANGKAH KAJANG SINGKIRKAN KHALID IBRAHIM


Majoriti akar umbi PKR mendesak Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli supaya tidak berselindung di sebalik 'Langkah Kajang' demi menjayakan agenda peribadinya untuk menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias menegaskan 'Langkah Kajang' yang dicipta Rafizi pada asalnya bertujuan untuk merangka strategi bagi menawan Putrajaya, tetapi beralih arah berikutan nafsu politiknya yang mahu ‘merampas’ jawatan Menteri Besar Selangor.

Keadaan ini benar-benar telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan akar umbi PKR sehingga menganggap mereka yang terlibat ini sebagai penderhaka kepada pemimpin dan parti.

"Kami tertanya-tanya adakah 'Langkah Kajang' yang didalangi Rafizi itu bertujuan mengelirukan rakyat atau kami di peringkat akar umbi," ujarnya.

"Rafizi ingin merealisasikan 'Langkah Kajang' di dalam pemilihan parti bagi menggantikan Abdul Khalid dengan pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

"Kita di peringkat akar umbi kesal dan kecewa dengan usaha mendesak Abdul Khalid meletak jawatan. Sepatutnya 'Langkah Kajang' tidak berlaku demikian.

Razali mengulas tentang kemelut dalaman yang semakin parah di dalam PKR berikutan berlaku perebutan jawatan Menteri Besar Selangor melibatkan beberapa pemimpin parti itu.

Rafizi dikritik hebat dari dalam dan luar parti berikutan 'Langkah Kajang' yang dikaitkan dengan usaha menjatuhkan Abdul Khalid telah menjejaskan perpaduan PKR.


Tambah Razali, pelbagai masalah yang berlaku sepanjang pemilihan parti juga menyebabkan idea asal 'Langkah Kajang' dilihat hanya retorik semata-mata.
Share this article :
 

+ comments + 6 comments

Anonymous
July 8, 2014 at 10:34 AM

Hari tu cakap langkah Kajang tu keje DSA.

Skarang cakap keje Rafizi plak.

Yang sah, keje fitnah memang keje beee end dan yg sama waktu dengannye.

Anonymous
July 8, 2014 at 11:20 AM

Anon July 8 10:34 pm
Bukankah Rafizi tu bekerja untuk DSA ...apa2 arahan DSA akan dilaksanakan oleh beliau... So tak timbul isu fitnah ...yang pasti PKR dan DAP memang bangang..

Hidup PAS selangor ( bakal MB )

Anonymous
July 8, 2014 at 11:38 AM

PKR, DAP dan PAS sekutu baru yg dimana ahlinya bekerja untuk parti akan membawa perubahan kpd negara. Kesilapan tentu berlaku tetapi boleh dibaiki.

Bee end sekutu lama dimana ahlinya bekerja untuk duit dan kroni. Kesilapan dalam bee end sudah sampai tahap kanser stage 4... Baiki disini....rosak disana...

Negara dibawah bee end telah rugi dari segi wang, berbilion ringgit. Dari segi sosial, semakin parah. Dari segi hubungan antarabangsa,
dianggap negara yg tak pandai urus masalah dan antara pusat penyeludupan, dadah,....

Anonymous
July 8, 2014 at 12:33 PM

Bodo ke hape? Kajang punya prk sapa punya angkara? Apa jadah kaitkan dgn BN.... Taik yg bersepah tu parti lu org punya la...ngok.

Anonymous
July 8, 2014 at 12:37 PM

Lempar kerusi, lambung meja, pecah kepala tu sikit punya hal ke bro? Korang punya gurau hebat bro, sampai berdarah2... Tulah, nk cover diri yg mcm haram, bn jd kambing hitam..

Anonymous
July 8, 2014 at 1:38 PM

Yang lempar lambung tu berdarah amano..... susah le skit nak bentuk..... InsyaAllah berubahle nanti.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger