AHLI PARLIMEN MIRI BERTINDAK GANAS TERHADAP KONTRAKTOR BINA JALAN RAYA DI TAPAK PKR BERCERAMAH


Sememangnya sikap pemimpin PKR dan DAP panas baran tanpa menghiraukan dengan siapa mereka berhadapan termasuklah rakyat.

Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Yu Kheng dan ADUN Pujut Fong Pau Teck, telah hilang pertimbangan akal dan otak hingga menyingsing lengan dan saling bertekak dengan wakil pemaju Marina Park di Pusat Komersil Miri Waterfront.

Insiden tersebut telah mengundang kehadiran anggota polis untuk memastikan keadaan terkawal dan turut menarik perhatian orang ramai melihat wakil rakyat mereka seperti seorang gangster.

Pertikaman lidah tersebut membabitkan Fong Pau Teck yang bersepakat dengan Dr Michael Teo menentang wakil pemaju, selepas kedua-dua mereka tidak berpuas hati dengan tindakan pihak pemaju yang dituduh cuba ‘merampas’ ruang-ruang parkir kereta di beberapa kawasan di pusat komersil itu untuk dibina semula menjadi jalan raya.

Alasan bahawa kawasan tersebut untuk parkir kereta hanyalah alasan semata-mata kerana kawasan tersebut merupakan tempat tetap bagi PKR dan Pakatan Pembangkang mengadakan ceramah politik mereka tanpa mengira waktu.

Atas sebab itu mereka berkeras membantah cadangan mahu membina jalan raya bagi kemudahan orang ramai.

Sementara itu wakil pihak pemaju mempertahankan bahawa projek membina jalan raya di atas kawasan parkir tersebut adalah sah dan diluluskan.

Terdahulu kedua-dua wakil rakyat tersebut telah bertindak menghentikan pihak kontraktor, daripada meneruskan kerja-kerja menimbus kawasan parkir kereta untuk membolehkan ia dibina semula menjadi laluan jalan raya.

Dr Teo mulai naik darah, enggan menerima kenyataan daripada wakil pemaju yang memberitahu bahawa projek membina jalan raya di kawasan tersebut adalah sah.

Pihak kontraktor memberitahu bahawa pelaksanaan tersebut telah diluluskan oleh Unit Perancangan Negeri (SPA) dan kontrak sudah ditandatangani bagi menyiapkan projek berkenaan.
Share this article :
 

+ comments + 6 comments

Anonymous
July 3, 2014 at 11:24 AM

Kalau rakyat Sabah Sarawak nak tau. Kat Penang dan Selangor wakil DAP pun tegas. Mereka akan tegas jika ada buat KESILAPAN, LAMBAT ATAU MENIPU. Pengalaman bekerja dengan wakil DAP memang berbeza dengan wakil bee end.


Wakil bee end kira nak recommend geng mereka je. Wakil DAP setakat ni tak begitu.

Pegawai kerajaan negeri semua jadi advance. Tak berani mengulor. Kontraktor pun tak banyak menipu macam zaman bee end dulu.

Kalau ada sikit pun, cuma geng kontraktor bee nd dan pegawai kerajaan pro bee end yg buat perangai sama macam dulu. Tapi tak ramai dah. Mereka ni tak dibuang oleh DAP kerana bukan macam bee end yg suka buang orang....

Anonymous
July 3, 2014 at 11:46 AM

elleh... DAP banyak halau melayu di penang la. sama la dengan selangor

Anonymous
July 3, 2014 at 1:25 PM

Statistik pengundi Melayu di Penang bertambah la anon...

Yang halau dulu geng bee nd dan gerakkan le. Tu lihat kat Johor sekarang dah kalut nak control tanah bumiputra... Di bawah Pakatan ke tu? Itupun kita lihat le nanti bagaimana pencapaiannya...

Takut tanah tak pegi kat bangsa lain terus tapi masuk ke geng pro bee end dulu baru pegi kat bangsa lain. Kat Penang dulu macam tulah ceritanya...

Anonymous
July 24, 2014 at 6:42 AM

Waduh2 komen korang ni... yang dicerita sang blogger di Sarawak, yang meleret ke Penang apasal? Ahli Parlimen Miri sekarang memang jenis tak buat kerja... Aku orang Miri aku tau lah... BTW anon 1.25 serah bukti sikit... pengundi bertambah? tu untuk nyokong sapa bro? ke main pengundi luar? aku rasa ko bukan orang sarawak dan tak pernah tinggal di sarawak dan tak pernah lihat pembangunan di sarawak so SHUT YOUR MOUTH UP!

Anonymous
July 24, 2014 at 6:51 AM

Satu lagi, aku rasa ini sajalah 'jasa' PKR kepada penduduk Miri, mempertahankan tanah parking yang sekangkang kera, itupun sebab parking tu depan klinik dan office Ahli Parlimen Miri. Aku tak nampak lagi ADUN Pujut & Lutong (dua2 DAP) dan doktor buang anak ni turun padang memahmi masalah rakyat. Serius. Yang aku nampak ADUN Senadin (BN) selalu turun padang sedangkan kawasan yang dia turun padang tu bukan kawasan dia. Aku cakap lagi sekali, aku orang Miri dan aku tahu apa yang aku katakan.

May 15, 2015 at 2:40 PM

Penipu sungguh puak2 mkn babi ni.. malaysia bkn milik DAP

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger