ZURAIDA KAMARUDDIN PESAN KEPADA DATUK MAH JANGAN JADI BONEKA UMNO


Kemenangan BN dalam PRK Teluk Intan beri tekanan besar kepada Pakatan Pembangkang kerana bukan sahaja kehilangan sokongan bahkan juga kehilangan satu kerusi di Dewan Rakyat.

Lantaran itu demi mengambil hati kaum Cina, Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin menggesa Datuk Mah Siew Keong supaya tidak ‘menjadi boneka kepada UMNO.

Apakah Zuraida yang lebih mesra dipanggil Mak Lampir itu lupa bahawa kemenangan BN di PRK Teluk Intan itu adalah hasil kerjasama komponen BN?

Mak Lampir juga mengeluarkan kenyataan angkuh apabila memberitahu kemenangan Mah ‘tidak perlu dibanggakan’ memandangkan beliau sebelum ini pernah menjadi Ahli Parlimen bagi kawasan yang sama selain hanya berjaya menambah undian BN sebanyak 71 sahaja.

Inilah perilaku pembangkang yang bukan sahaja iri hati bahkan juga sakit hati dengan kemenangan BN yang sekaligus memadam ego pembangkang yang sebelum ini berlagak sombong.

Sepanjang PRK Teluk Intan itu pembangkang jelas pincang ekoran tidak mendapat sambutan atau sokongan daripada PAS kerana calon DAP secara terang menolak hukum hudud.

Zuraida juga tidak layak mempersoalkan perkhidmatan Datuk Mah mengenai berapa banyak perubahan yang dibawa untuk penduduk Teluk Intan? Sebaliknya, Zuraida harus mempersoalkan sejauh mana perkhidmatan yang telah diberikan pemimpin DAP sepanjang menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan?

Apakah pula sumbangan Zuraida terhadap penduduk di Parlimen Ampang yang diwakilinya?

Share this article :
 

+ comments + 6 comments

Anonymous
June 3, 2014 at 1:53 PM

YANG ENGKAU JADI BONEKA DAP TU......BODOH PUNA MULUT TOKAK. !
BAHALOL SEPANJANG HAYAT.

Anonymous
June 3, 2014 at 1:54 PM

Tekanan kepada Pakatan memang besar sejak mula wujudnya Pakatan tersebut. Golongan yang nakkan keadilan dan Islam akan ditekan sejak dulu, kini dan selamanya.

Namun Islam akan berjaya juga akhinya seperti janji Allah. Apa yang YB Pakatan tu kata betullah...

June 3, 2014 at 2:05 PM

kalau yepun betul, apa bezanya pkr jadi boneka dap. siapa yang memberi kata putus bila sesuatu isu timbul, dap ke, pas ke pkr? meh rujuk isu HUDUD, kemana hala tujunya setelah disergah dap. dah la anon 1:54pm. nak kona manapun, yb tu tetap jadi boneka dan kuda tunggangan dap. ada hujah balas?

June 3, 2014 at 2:06 PM

sumbangan zuraida di Ampang,,,ilek pochik, tarak, kosong kosong kosong (nyanyi lagu najwa latif)

Anonymous
June 3, 2014 at 2:22 PM

anon jiwa kau ni kacau.pergi lah berubat secepatnya..

Anonymous
June 3, 2014 at 2:35 PM

PKR Selangor dah lapuk. Dah tak mahu percaya lagi pada mereka. Isu catuan air yang sangat teruk selama hampir dua bulan di lembah Kelang telah membukti mereka hanya pandai cakap kosong dan membangkang pihak Kerajaan Persekutuan saja. Ini menunjukan PR tak mampu lagi ke Putrajaya. Diberi mentadbir Selangor yang kecil ini pun dah porak peranda. Jalan jalan di kawasan perumahan Selangor pun banyak berlubang besar tapi PR tak repair pun. Kita pulak kena elak-elak takut masuk lubang, kalau hari hujan lagi teruk, sebab tak nampak.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger