WAN AZIZAH BERI AMARAN KERAS KEPADA SAMSENG DAN GANGSTER


Kekacauan yang berlaku semasa Pemilihan Cabang PKR di beberapa buah negeri termasuk Selangor berpunca daripada tindakan bukan ahli PKR atau lebih tepat lagi golongan samseng.

Sebelum ini, Jawatankuasa Pemilihan PKR mengesahkan pembabitan golongan samseng dan kongsi gelap dalam pemilihan kali ini.

Sehubungan itu, Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail memberi amaran kepada pihak luar supaya tidak berterusan membuat kacau serta mengganggu proses pemilihan parti tersebut yang disifatkan telah dijalankan secara demokratik.

Demikian tegas Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan pada Selasa.

"Daripada taklimat awal yang diperolehi menunjukkan secara jelas bahawa kekacauan dalam pemilihan dicetus oleh pihak yang dikenalpasti bukan ahli, yang digerakkan melalui kumpulan-kumpulan samseng," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan pelanggaran disiplin yang berlaku itu turut membabitkan beberapa ahli PKR.

Pemilihan PKR 2014 menyaksi berlaku beberapa kekecohan terutama di Selangor hingga menyebabkan lebih 10 Cabang terpaksa dibatalkan pemilihan yang telah dijalankan.

Menurut ketua umum parti itu, Anwar Ibrahim, kepincangan yang berlaku adalah akibat campur tangan pihak luar termasuk gangster.

Bagaimanapun Anwar mengakui pemilihan parti tersebut kali ini mempunyai kelemahan dan sistem pengundian yang dijalankan PKR perlu dilihat kembali untuk ditambah baik.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 4, 2014 at 6:56 AM

Jika si Anwar tu tahu ianya campur tangan pihak luar dan gangster, saman RM100juta sahajalah. Why waste time?

Si Anwar sekeluarga ni memang tebiat mereka asyik tuding jari kat pihak lain sahaja. Tak pernah nak mengaku kesalahan pihak sendiri.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger