SKMM DAN POLIS DIGESA AMBIL TINDAKAN KE ATAS NGO-NGO YANG MENUNTUT SARAWAK KELUAR MALAYSIA


Ini sudah keterlaluan apabila beberapa NGO-NGO secara terang menghasut rakyat Sarawak agar keluar Malaysia dan berdiri atas sebuah negara.

Bagi Pertubuhan Angkatan Warisan Anak Sarawak (AWAS) yang memperjuangkan kestabilan politik Sarawak menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindak tegas terhadap NGO-NGO yang menyebarkan dakyah menghasut rakyat negeri ini agar menuntut Sarawak keluar daripada Malaysia.

Setiausaha Kehormat AWAS Pusat Mohd Junaidi Sambang berkata, dakyah yang disebarkan oleh NGO-NGO terbabit melalui laman sosial dan blog seolah-olah mahu mencabar perlembagaan ketika Sarawak bersama Malaya, Sabah dan Singapura membentuk Malaysia pada 1963.

Sikap mereka yang menyebarkan fitnah ini cuba mengganggu gugat kestabilan, keharmonian dan kesejahteraan hidup yang dikecapi rakyat berbilang kaum di negeri ini dewasa ini.

Ini kerana motif NGO-NGO yang berhaluan kiri ini sebenarnya mempunyai unsur-unsur politik yang menanam kebencian terhadap Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Jika tidak ditangani ia boleh mempengaruhi minda generasi muda, beliau menggesa SKMM dan polis menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap NGO-NGO atau dalang yang menyebar dakyah tersebut.

Oleh kerana rakyat berbilang kaum di Sarawak kini mengecapi suasana hidup yang aman, damai, penuh dengan semangat kesatuan dan stabil dari segi politik, beliau berkata tidak perlu bagi NGO-NGO berkenaan menyebarkan pelbagai dakyah dengan niat mahu meracuni fikiran rakyat.

Bagi mengelak hasutan ini semakin meracuni rakyat, kerajaan khususnya pihak berkuasa diminta bertegas dalam hal ini supaya ia dapat ditangani dengan bijaksana.


Jangan hanya apabila perkara ini sudah parah dan luka semakin dalam, baharulah kepala terhantuk dan tersedar. Itu sudah terlambat kerana persepsi kini perlu ditangani dengan persepsi agar ia dapat diselesaikan dengan cara bijaksana.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
June 10, 2014 at 12:35 PM

SKMM..X DENGOR...DIAWANG PEKAK..MCMNE NK AMBK TINDAKAN...

Anonymous
June 10, 2014 at 9:09 PM

Patutnya KDN yg. ambil tindakan bawah undg-undg TERORISMA!

Malangnya Sabah/Sarawak disyaki, makin diKRISTIANkan oleh puak EvangeliSS Kristian ZIONIS yg. diketuai PAPJAHANAM-DAPBANGKAI/PKRSODOM dan penaja mereka, si Barat-ZIONIS/Israel (fahaman Kristian ZIONIS ialah fahaman Kristian yg. bercampur-aduk dgn. fahaman Yahudi ZIONIS - maka mereka juga menjadi penyokong kuat Israel dan amat benci ISLAM/umatnya)! Bahkan PENDATANG Cina- Kristian ZIONIS ini termasuk PATI China, disyaki makin berkahwin dg. BUMIPUTERA Sabah/Sarawak termasuk di pendalaman sekarang - untuk mendapat taraf dan hak BUMIPUTERA utk. anak-anak mereka, di samping MENGKRISTIANkan mereka - dan seterusnya MENGHASUT mereka utk. MEMISAHkan Sabah-Sarawak (yg. amat kaya minyak-gas-minerals-tanah subur), dari Malaysia; dan kemudian BERSATU dgn. Singapura (kerana Singapura adalah pusat MOSSAD-Israel/CIA-MI6 terbesar di Asia - lihat di -http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, Wednesday, September 2, 2009)!

Lihatlah rejim PENDATANG Cina PAPJAHANAM yg. disyaki ditaja MOSSAD-CIA-MI6, untuk tawan Temasik dari TANAH MELAYU kita ini; juga telah disyaki beri kerakyatan dgn kpd jutaan imigran yang bukan pekerja/pelarian pun, dari Cina Bukan Islam dan Kristian untuk MENGECILKAN terus jumlah dan MENINDAS umat Islam/BUMIPUTERA Melayu Singapura, juga dibela oleh sekutu kuatnya, si Barat-Israel. Bahkan polisi mengambil jutaan imigran bukan Islam ke Singapura, ini ditiru dari Israel - (lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html di atas)!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).




Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger