#PKRTelukIntan DAP AKUI KESILAPAN MEMILIH CALON MERUPAKAN ANTARA 3 PUNCA UTAMA DAP KALAH


Kemenangan calon BN, Mah Siew Keong dalam PRK Teluk Intan dengan majoriti undi sebanyak 238 sememangnya telah dijangka memandangkan kelemahan calon dan sikap calon DAP, Dyana Sofya yang negatif terhadap pengundi Melayu dan India.

Dalam PRK Teluk Intan, Mah memperoleh 20,157 undi berbanding 19,919 undi yang raih Dyana Sofya.

Bagi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata: "Kami tidak menafikan undi memihak kepada BN kami mengiktiraf keputusan itu, dan ia memihak kepada Mah."

Justeru itu, DAP menerima kekalahan calonnya pada PRK bagi kerusi Parlimen Teluk Intan dan tidak menafikan kemenangan calon BN, Datuk Mah Siew Keong.

Begitupun, Lim Guan Eng  memberitahu terdapat tiga faktor yang membawa kekalahan parti itu dalam PRK Parlimen Teluk Intan iaitu Dyana Sofya adalah muka baharu, permainan politik UMNO ketika berkempen dan peratusan keluar mengundi yang rendah.

"Peratusan keluar mengundi menurun kepada kira-kira 66 peratus, iaitu kurang 7,000 hingga 8,000 pemilih berbanding kira-kira 80 peratus pada PRU lepas," katanya
       

Menjadi tradisi DAP dan mana-mana parti politik pembangkang yang menyalahkan BN sebagai punca utama kekalahan mereka, tetapi senyap apabila mereka menang dalam pilihan raya.
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
June 2, 2014 at 7:27 AM

dap sebenarnya sedang menguji peluru utk digunakan pada pru 14.jika calun melayu(peluru yg sedang diuji) memberi kesan terbaik utk memecahbelahkan melayu ianya akan digunakan pd pru 14.BN jangan terlalu teruja dgn kemenangan ni.jika diperhatikan kebelakangan ni apa jua musibah yg melanda DAP melayu yg akan menjadi kambing hitamnya.

Anonymous
June 2, 2014 at 9:12 AM

DAP memang mahu memecahkan isu perkauman. Bukan Dyana seorang calon Melayu. DAP akan menang kembali dalam pru nanti kerana ramai pengundi luar tidak pulang. Pengundi luar yang tinggal dibandar lebih celik dengan penipuan dan rasuah.

Beberapa peratus bangsa cina sendiri amat cerdik memberi kemenangan kepada bee end kerana tahu mereka akan mendapat sesuatu dari prk ini.

Melayulah yang rugi sebenarnya...

Anonymous
June 2, 2014 at 9:52 AM

Kita sentiasa diperbodoh dan dipecahbelah oleh mereka. Walau siapa yang menang melayu tetap rugi. Marilah kita bersatu kembali agar tidak dipermainkan selama-lamanya.

Anonymous
June 2, 2014 at 10:54 AM

JIka bersatu dengan parti yang suka memperkayakan kroni dan keluarga. Melayu 2x rugi.

Kes terbaru, boleh pinjam berjuta tapi tiada unsur rasuah. Itupun kebanyakan orang kampung susah nak faham macam di Teluk Intan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger