PKR TELAH BUKTIKAN MEREKA LEBIH TELUS DARI SPR


Ekoran kesalahan menipu dan memihak kepada calon tertentu, akhirnya Lembaga Disiplin PKR memutuskan mengambil tindakan tegas ke atas beberapa ahli parti yang didakwa mempunyai masalah tatatertib dan perlanggaran disiplin dalam parti.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, keputusan yang dibuat berdasarkan cadangan dari Biro Politik dan majoriti undi oleh ahli Biro Politik yang lain.

Menurutnya, pihak Lembaga Disiplin telah memutuskan untuk memecat seorang ahli daripada parti itu, tiga digantung keahlian manakala dua lagi diberikan amaran keras.

“Antara ahli yang digantung keahlian ialah Jol Jolhi Bin Bee atas dakwaan terlibat menanda kertas-kertas undi lain sewaktu proses pengundian di Cabang Batang Sadong, Patmanathan Nadarajan dan Shanmuganathan Velu pula digantung selama setahun kerana merempuh masuk ke dalam dewan dan mengganggu proses pengundian di Cabang Selayang.

“Dua lagi ahli PKR, Azman Yaakob dan Norizan Omar diberikan amaran keras manakala Azrai Abdullah pula dipecat dari parti kerana didapati telah menyalahguna kedudukan sebagai Ketua Pengawas Pemilihan sewaktu proses pengundian di Cabang Batang Sadong,” katanya dalam satu kenyataan.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan bahawa pihak Lembaga Disiplin telah bersetuju untuk mengenakan tindakan disiplin ke atas individu yang didakwa.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh beliau turut dihadiri oleh beberapa ahli  Biro Politik PKR bagi membincangkan permasalahan dalaman yang dihadapi parti.

Inilah parti yang sebelum ini kerap mengadakan Himpunan BERSIH dan beberapa macam lagi himpunan haram yang mendesak agar SPR telus dalam melaksanakan pilihan raya.

Tetapi, lihat sekarang ini di mana PKR telah mencabuli demokrasi dalam parti mereka sendiri dengan pengawas pilihan raya berat sebelum dan menipu.

Difahamkan, selepas ini akan ada beberapa pemimpin atasan yang akan didakwa kerana yang digantung dan dipecat daripada PKR ini hanyalah orang suruhan sahaja.


Share this article :
 

+ comments + 9 comments

Anonymous
June 6, 2014 at 10:56 AM

Nak bandingkan ketelusan SPR dengan PKR. Betul ke pemikiran bee end nih.

SPR umur berapa tahun?

PKR umur berapa tahun?

Bandingkanlah budak darjah satu dengan budak yang umur 19 tahun. Patutkah dibuat perbezaan? Sekurang2nya budak darjah satu tu masih mudah dibentuk. Budak umur 19 tahun mungkin dah rosak kena dadah.

Apalah punya pemikiran hasil tarbiyah bee end nih... Tak cerdik macam pemikiran menteri2 bee end ja..

Anonymous
June 6, 2014 at 11:24 AM

ko sape anon? tah2 ko ngaji sklah pon xhabis. nk kutuk semua org bagai.

Anonymous
June 6, 2014 at 11:52 AM

Cerita perkara benar kepada manusia dengan niat menyedarkan manusia yang tak cerdik menjadi cerdik bkannya 'kutuk'.

Orang2 yang dikatakan meng'kutuk' tu semuanya terpelajar dan terbuka mindanya. Pegi tanya majoriti student U sekarang. Bee end pun dah mengelabah.

Pemikiran bee endlah yang menyebabkan Bumiputera ketinggalan ekonomi dan rosak sosialnya. Mereka dah perintah lebih 50 tahun.

Nyalakn plak api perkauman konon penyebab masalah di atas.

June 6, 2014 at 12:03 PM

Komen "BONGOK" kalo gitu apa bagusnya Puak Khinzir Rakyat tu? awal-awal dah banyak masaalah macam budak baru nak masuk darjah satu, tapi angan-angan bukan main, semua yang orang buat salah, bila sendiri bikin lagi salah dan tambah bermasaalah. Guano mu bodo!!! Sepatutnya tunjukkan PEMBAHARUAN bukan PEMBARUA!!!

Anonymous
June 6, 2014 at 12:47 PM

Ali, nak tunjuk pembaharuan kena minta ko sokong Pakatan PRU nanti. Sekarang Pakatan hanya memerintah beberapa negeri. TAK CUKUP KUASA.

Kena ada kuasa kerajaan memerintah. Baru boleh buat perubahan secara TOTAL. Pegawai kerajaan akan bekerja berdasarkan contoh dan tauladan pemimpin Pakatan yang tak gila harta serta jujur.

Jange dok hino budak hok darjah satu nih. Budak tadika pun dah tahu amano jahat. Merekalah yang besar nanti memilih dan pimpin negara. Sorry bro, kalau mereka ni nanti memilih Pakatan sebagai kerajaan.


Anonymous
June 6, 2014 at 12:49 PM

10.56
hee..hee...hee...
apa barang ko ni..
terima aje le ko ni memang
cerdik tak boleh di ikut
bodoh tak boleh diajar

Anonymous
June 6, 2014 at 1:13 PM

spr patut contohi proses pemilihan pkr dalam perlantikan ketua umum

June 6, 2014 at 2:25 PM

Baru dapat dua negeri dah kalam kabuit, inikan seluruh negara. Memerintah ala budak tadika...alamatnya lingkoooop le bro...apa baran la..lu. Tunjuk teladan yang terbaik perintah satu dua negeri, pastu rakyat menilai. Sudah satu penggal tadak apa pun pembaharuan dok stil bayar bil jer...sampah pun tak terurus belum citer mender lein. Ada solat jemat tak?

Anonymous
June 6, 2014 at 5:03 PM

Ali. Dua negeri katanya 'kelam kabut'. Negara kelam kabut dengan masalah bertimpa2 tak nampak. Tu gajah depan mata. Yang berserabut dan adegan lawak dalam bee end tu tunggu masa ja nak meletup.

Mana negara yang tak perlu bayar bil langsung. Masalahnya hasil bayaran bil tu banyak yang pergi kat kroni dan anak beranak pemerintah bee end.

Lihat kroni yang bee end bela pun dah sedar pemimpin bee ned ni makan tak puas. Rakyat be end miskin lagila. Duit brim hak rakyat nak diberi ke orang Pakatan pun kecoh. Makan tak puas dalam bee end ni sampai dah kritikal dah.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger