PERCAYAKAH NIK AZIZ TERHADAP PUTAR BELIT LIM KIT SIANG?

Gambar: Sinar Harian Online

Kononnya bagi meredakan ketegangan yang berlaku antara DAP dan PAS, Penasihat DAP, Lim Kit Siang terpaksa berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat bagi menjelaskan kekeliruan punca kekalahan DAP dalam PRK Teluk Intan.

Selepas keputusan kekalahan DAP dalam PRK Teluk Intan, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo secara terang membuat kenyataan bahawa kesungguhan PAS memperkenalkan hudud merupakan punca utama kekalahan DAP ketika PRK Teluk Intan, hujung Mei lalu.

Malah, dalam kempen DAP di PRK Teluk Intan, penyokong DAP dan Pakatan Pembangkang membawa penolakan hudud yang diperkenalkan PAS.

Gobind juga ada menyatakan hudud adalah antara salah satu isu (kekalahan), tapi beliau tidak mengatakan ia merupakan isu utama, tidak dinafikan ia merupakan isu besar di masa hadapan, tetapi ia bukanlah isu utama kekalahan kita.

Seperti biasa lidah bercabang Lim Kit Siang yang menyatakan Nik Aziz telah menerima penjelasan mereka kerana berpendapat sebelum ini Nik Aziz percaya apa yang disiarkan dalam akhbar sebelum ini adalah benar.

Sementara itu, calon PRK Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud masih tetap dengan pendiriannya bahawa beliau tetap menolak pelaksanaan hudud seperti mana yang digariskan DAP parti yang diwakilinya.

Menurutnya, beliau mengakui sebagai umat Islam hukum tersebut tidak boleh ditolak namun dari segi pelaksanaannya, beliau masih lagi berpegang teguh dengan pendirian parti.


“Sebagaimana telah saya nyatakan sebelum ini, sebagai umat Islam, saya tidak boleh menolak hudud, tetapi saya punya pendirian adalah sama dengan parti,” katanya.
Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
June 13, 2014 at 10:04 AM

Adakah Dyana bermaksud yang secara zahir dia adalah Islam tetapi secara aqidah dia beraqidah sama seperti Lim Kit Siang?

Anonymous
June 13, 2014 at 10:15 AM

Gambar yang boleh berbicara. Lihatlah pemimpin Pakatan masih utuh bekerjasama walaupun difitnah kononnya saling tuduh menuduh mencari kesalahan masing2.

Jika betul LKS bencikan Islam, mana mau nye dia berjumpa orang yang berserban dan nakkan hudud. InsyaAllah Pakatan akan berusaha menjadikan negara lebih baik untuk orang Islam dan bukan Islam untuk hidup bersama.

Menjadikan negara lebih maju dari segi jasmani dan ROHANI.

Bukan lebih maju dari segi masalah rasuah atau cerita pelik macam pengurusan kes kehilangan mh, altantuya, panda, kes kerugian jutaan ringgit projek2,...... Boleh lihat apa pula yang akan terjadi selepas ni.

PRU nanti semua perlu sokong Pakatan.

Anonymous
June 13, 2014 at 11:34 AM

Kesian anda. Apa yg dilakukn oleh LKS lebih kurang sama dgn mana tokeh cina akan lakukn. Lebih kurang mcm bisnes. Sya bnyk terlibat dgn sykt2 cina....modus operandi lebih kurang same je. Kalau ade ape2 hal, dioerg akan usaha seboleh mungkin supaya kedudukan dieorg tidak terjejas. Dgn PKR sdg menghadapi masalah dlm pemilihan, kalau PAS keluar Pakatan, mmg satu msalah besar. Jdi LKS terpaksa jumpa Nik Aziz utk "cool down" PAS. Dulu UMNO dikutuk rapat oleh PAS sbb tidak nk melaksanakn hukum islam. Tpi skrg bile UMNO usulkn....PAS yg jdi gelabah. Bnyk hal yg PAS berdiam...walaupn islam dan melayu dihina. Di selangor je...PAS ape jadi? Dlm pengurusan2 eksekutif negeri...PAS xde ape2. Diberi tugas2 dlm bidang agama je. Itu pn masih dipantau oleh PKR dan DAP. PAS dlm pakatan...sekadar keldai je.

June 13, 2014 at 11:50 AM

ini sekor lagi ,,,baghal

Anonymous
June 13, 2014 at 12:00 PM

Kesian kat anon 11.34. Mungkin anda bekerja dengan cina mcaa atau geraknn. Itulah padahnye.

Cina DAP lain skit. Mereka mahu bekerjasama agar sama2 bangsa maju hidup aman tanpa rasa benci akibat kemiskinan.

Sedar plak "dioerg akan usaha seboleh mungkin supaya kedudukan dieorg tidak terjejas".

Kenapa PEMIMPIN melayu YANG BERKUASA tak buat gitu agar hak tanah bumiputera dll tak terjejas??????? Makin kurang ade le sejak 50 tahun dulu.

Tolong bagi pencerahan!!!!!!!!!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger