#PemilihanPKR2014 AHLI PKR DEDAH TAKTIK KOTOR DATUK JOHARI ABDUL PADA PEMILIHAN PKR TERDAHULU


Pada petang tadi Pemilihan PKR di Cabang Sungai Petani kecoh apabila berlakunya salah faham berhubung nama yang tertera pada kertas undi bagi Pemilihan AMK Cabang Sungai Petani.

Kekecohan itu telah menyebabkan suatu komplot rahsia besar terbongkar oleh pendedahan ahli PKR sendiri terhadap Ketua Cabang PKR Sungai Petani Datuk Johari Abdul.

Rahsia besar itu terbongkar apabila ahli-ahli PKR yang dahulunya ‘orang’ Johari Abdul telah menceritakan bagaimana Johari mengatur strategi kotor dengan mendesak ahli-ahli PKR memilih calon yang juga merupakan ‘orang’ Johari seperti mana yang diarahkan.

Ini bagi memberikan jaminan bahawa calon yang menang itu merupakan ‘orang’ kepercayaannya bagi membolehkan keputusan yang melibatkan AMK, Wanita dan PKR Cabang Sungai Petani selari.

Berikutan pendedahan itu menyebabkan keseluruhan ahli-ahli PKR Cabang Sungai Petani itu meminta Johari Abdul supaya meletak jawatan dan tidak harus mempengerusikan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR.

Johari Abdul merupakan pengerusi bagi JPP PKR 2014 yang kini telah dilihat sudah tidak lagi relevan dan sesuai berada dalam JPP disebabkan hilangnya intergriti.

Pada semalam dan hari ini sebanyak 10 cabang yang mengalami masalah dalam pemilihan pusat pada awal bulan ini dijadualkan untuk mengadakan proses pengundian semula.

“Cabang-cabang PKR yang akan mengadakan proses pengundian pada Sabtu ini ialah Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun, Jerantut, Paya Besar, Pasir Puteh dan Pengerang manakala Cabang Tenggara dan Sungai Petani pula akan mengadakan pemilihan semula pada hari ini.


Apa yang pasti pemilihan PKR yang sedang berlaku mahupun yang pernah dilakukan sebelumnya itu tidak telus dan mempunyai unsur-unsur ‘undi diatur’ bagi membolehkan mereka yang menang merupakan ‘orang dalam kumpulan mereka’.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
June 1, 2014 at 11:37 PM

Tak kan terkejut kot?

Anonymous
June 2, 2014 at 12:03 AM

DAH NAMANYA PUN PARTI KENCING RAKYAT, KAH KAH KAH....PADAN MUKA!!!

kah kah kah kiok
June 2, 2014 at 12:44 AM

Tak heran langsung.. mamat ni memang kaki penipu & gila kuasa mcm aljubury gak.. kah kah kah kiok!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger