PAS KINI MULA IKUT TELUNJUK DAP MAHU HAPUSKAN KUASA SULTAN


Tiada apa yang menghairankan apabila PAS kini mula ikut telunjuk DAP apabila dalam mahu menghapuskan kuasa Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Selangor selepas insiden isu rampasan Bible.

PAS mendesak MAIS dan JAIS dihapuskan kuasanya dalam menjaga kedaulatan agama Islam di Selangor dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan.

Seperti biasa pemimpin PAS, Khalid Samad berkata kajian semula enakmen itu adalah perlu berikutan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menjatuhkan imej Islam apabila merampas 300 Bible milik Persatuan Bible Malaysia (BSM), Januari lalu.

Tegas beliau, penghapusan kuasa MAIS itu boleh dilakukan kerana Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mempunyai suara majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memberi sokongan terhadap sebarang pindaan pada enakmen berkaitan.

"Kami sebagai Ahli Parlimen PAS meminta kerajaan negeri mengkaji enakmen yang memberikan kuasa eksekutif kepada MAIS untuk mengarahkan JAIS dan sekiranya perlu, membuat pindaan kepada enakmen berkenaan.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor berkata, JAIS telah gagal dalam peranannya apabila banyak tindakan badan agama itu menimbulkan persoalan dan kontroversi.

"Jadi kita minta kerajaan kaji dan Exco agama mengetuai jawatankuasa ini demi menjaga masalah dalam negeri Selangor dan hubungan antara bukan Islam dan orang Islam.

"Dalam mesyuarat PAS negeri, kita akan timbulkan perkara sama kerana banyak sangat kes yang kita tengok Exco agama tidak tahu apa-apa dan akhirnya kerajaan negeri juga kena menangani salah faham yang timbul," tegas beliau.

Lihatlah bagaimana pengaruh DAP dalam PAS kini mula kelihatan.

Share this article :
 

+ comments + 8 comments

Anonymous
June 19, 2014 at 12:42 PM

Cerita Pas ikut DAP ni keluar tiap2 hari. Tapi tak nampak pula orang keluar Pas tiap2 hari. Yang banyak dengar dan lihat, kaum muda banyak sokong Pakatan.

Di Penang, Pas dan penyokongnya juga bergerak bebas. Ceramah agama kat masjid2 begitu aktif dengan tajuk2 yang hot. Tak pula dihalang DAP

Lagi fitnah, lagi erat kerjasama Pakatan nih.

June 19, 2014 at 1:16 PM

anon 12:42'
dimana-mana saja, cakaplah apa saja tentang keburukkan pakatan tapi umno tetap orang benci. Kenapa? sebab tuuu yang berada di atas sekali tuuu. Para pemimpin umno yang jd tulang belakang kerajaan. Mereka ni umpama manusia tak berpijak dibumi nyata. Tegorlah apa pun, rataplah apapun, mengadulah apapun kesusahan rakyat, mereka hanya pandang sepi..mcm lembu kenyang! Kalau sepuloh ada di atas tu, hanya 2 saja cuba bertanya khabar, lagi 8 lena diulit mimpi buncitkan tembolok masing-masing. So, tak salahlah kalau orang benci umno pun. Tak salah kalau mereka sokong pakatan sebab sudah tiada pilihan. Tujuan hanya satu, jatuhkan umno..kerana umno adalah sarang segala punca kesukaran.

Anonymous
June 19, 2014 at 1:17 PM

Anda lihat duapuluh tahun lagi. Semoga anda tidak menyesal melihat anak cucu anda kehilangan hak dibumi sendiri.

Salleh
June 19, 2014 at 6:08 PM

Kalau bapa sndiri perangai pn teruk....xkn nk buang kt longkang mcm tu je. Die tetap bapa kite. Aku nk buat perbandingan je. Walaupn pd tanggapan korang UMNO teruk, jdi buang je terus cmtu. Lanyak abis abisan. OK. Ape nasib melayu dan islam skrg ni. PAS dlm pakatan pn dah makin hilang arah. Harap nk pertahankn islam....tpi dah ntah ke mana hala tuju nye. Laporan audit negara...bnyk tanah rizab melayu dijual kpd bkn melayu dlm negeri pakatan. Last2 islam dan melayu tinggal ape je. Setiap isu melibatkn islam dan melayu....org2 melayu dlm pakatan....buat2 pekak je. DAP makin kurang ajar hentam melayu dan islam....pun buat2 pekak je. Ye la...dh teman sebantal. MCA walaupn dlm BN...tpi x de le sekurang ajar DAP. Dulu ade gk hormat. Cuma skrg ni MCA dh makin ikut jdi kurang ajar mcm DAP. Skrg dh melayu dan islam jdi cmni...nnti bile pakatan ambil alih negara....lgi le hancur jdi bangsa melayu dan agama islam. Dh xde ape dlm negara sendiri...dek nk puaskn hati hancurkn UMNO. Aku x kisah ade parti lain selain dri UMNO...yg penting benar2 perjuangkn utk islam dan bangsa melayu. Kalau dh parti ngaku islam sendiri pn jdi keldai DAP..... nk harapkn pertahan islam dan melayu....mimpi le. PKR mmg xde harapan pertahankn islam dan melayu...sbb die parti pelbagai bangsa...walaupn diterajui melayu. Ade otak....pikir baik2...jgn guna emosi. Betul yg anon 1.17 ckp...besok2 anak cucu kehilangan hak dibumi sendiri. Seolah2 mcm kite nk hancurkn parti bangsa sendiri...utk puaskn hati.....biar padan muka sndiri. Anak cucu nnti....ikut masing2 le. Cmtu le agaknye.

Anonymous
June 20, 2014 at 12:04 AM

Orang PAS makin bodoh.... disebabkan kerana 300 bible yang dirampas. Kuasa JAIS dan MAIS hendak dihapus kan. Berbaloi kah..... . Dah terbukti PAS lebih utama kepentingan politik daripada agama.

Anonymous
June 20, 2014 at 12:17 AM

Seburuk-buruknya UMNO dan am nya Kerajaan Pusat, tidak pernah mempertikaikan kuasa JAIS, MAIS dan enekmen Islam, Malah agama Islam telah di mertabatkan lagi oleh kerajaan pusat. Tapi PAS baru diberi kuasa sedikit, tak sangka jadi bodoh dan sanggup mengadaikan agama demi politik

Anonymous
June 20, 2014 at 10:54 AM

Kalau dihapuskan dan diletakkan dibawah badan baru atau badan lain dengan penambahbaikan. Apa salahnya?

Pastikan ia tidak terletak dibawah tangan ahli politik 'the devil you know'.

Anonymous
June 20, 2014 at 2:56 PM

Sebab PASselalu ditipu DAP dengañ gula-gula yang akan mendatangkan kencing manis dimasa hadapan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger